Waktu Terbaik Untuk Menulis Blog | Setelah setahun lebih saya menjadi penulis blog tegar dalam niche bisnes, tutorial WordPress dan “lifestyle”, belum pernah saya buat satu jadual khusus bila masa saya akan menulis blog, berapa kali dalam seminggu saya perlu tulis blog dan sebagainya. Apa yang saya buat adalah saya main hentam saja.

Waktu Terbaik Untuk Menulis Blog

Sebenarnya tiada waktu khusus untuk menulis blog. Semuanya bergantung kepada diri dan masa masing-masing. Walaubagaimanapun, di sini saya cuba berikan idea kepada anda waktu bila anda sepatutnya menulis blog.

1. Bila Ada Idea

Bila anda dah ada idea apa yang nak dituliskan dalam blog anda, terus buka laptop anda dan tulis apa yang anda ingin tulis. Dalam hal ini, anda jangan bertangguh lagi kerana idea tersebut boleh hilang atau lama-lama semangat anda nak tulis semakin pudar.

Jika pada waktu tersebut anda terlalu sibuk, sila ambil buku nota kecil dan catatkan apa yang anda ingin tulis. Bila dah ada masa terluang, terus tulis dalam blog anda.

2. Lepas Bangun Tidur (rehat sebentar)

Anda disarankan tidak menulis blog ketika anda terlalu mengantuk. Jika boleh, anda tidur dulu sebentar sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ambil masa 30 minit hingga sejam untuk tidur. Lepas itu anda bangun dan teruskan aktiviti menulis blog. Pada masa tu minda anda akan berasa lebih segar untuk menghasilkan idea yang segar.

3. Lepas Mandi

Cuba anda bezakan menulis blog sebelum mandi dan selepas mandi. Tahap idea menulis blog lepas mandi lebih tinggi sebelum anda mandi. Tak percaya cubalah.

4. Jangan Menulis Blog Pada Waktu Pagi (Selepas Bangun Tidur)

Ramai yang salah anggap menulis blog pada waktu pagi selepas bangun dari tidur adalah lebih baik. Sebenarnya perbuatan menulis blog pada waktu pagi ia kurang sesuai. Pada waktu pagi selepas bangun dari tidur adalah otak untuk menerima bukannya paksa otak mengeluarkan idea. Contoh menerima di sini seperti membaca buku manakala paksa otak keluarkan idea adalah seperti menulis blog. Walaubagaimanapun ia bergantung juga kepada individu tersebut.

Kesimpulan

Sebenarnya masa menulis blog tiada masa yang khusus. Bila dah ada saja idea nak tulis, terus tulis dalam blog anda. Jangan tangguh-tangguh. Menulis blog ni tak kira waktu. Kenapa saya katakan menulis blog pada waktu pagi lepas bangun dari tidur kurang sesuai? Sebenarnya pada masa tu otak kita sudah kosong kerana semalaman kita telah berehat. Jadinya, pada masa tersebut otak kita lebih sesuai untuk menerima masuk daripada keluar. Saranan saya untuk anda menulis blog adalah waktu selepas insyak setelah anda berehat seketika dari belajar dan bekerja.

Namun! Ini adalah pandangan dari saya dan hasil pengalaman saya. Jika anda tidak dapat menerima idea ini tidak mengapa kerana ini adalah pandangan individu dari saya sendiri.

1,947 total views, 1 views today