Tujuh Plugin Percuma Yang Berkualiti Untuk Backup WordPress | Backup blog wordpress anda pada setiap masa adalah sesuatu yang patut anda lakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian kehilangan data ketika server anda bermasalah atau di hack oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat banyak plugin backup wordpress yang percuma atau berbayar. Walaubagaimanapun, kita bernasib baik kerana banyak juga plugin backup wordpress yang percuma tetapi berkualiti untuk anda gunakan.

Premium vs Percuma

Kebiasaan yang kita lihat, yang berbayar akan dapat support yang lebih mantap jika anda hadapi masalah. Berlainan dengan percuma, anda mungkin dapat kelebihan seperti yang berbayar, tetapi anda akan kekurangan dari segi support jika anda ada masalah. Kebanyakkan plugin percuma yang anda gunakan perlu selesaikan sendiri jika ada masalah.

Jadi, anda boleh buat pilihan yang terbaik samaada nak guna plugin percuma atau berbayar.

Tujuh Plugin Percuma Yang Berkualiti Untuk Backup WordPress

Di sini saya senaraikan beberapa plugin yang percuma untuk backup wordpress anda.

#1. UpdraftPlus Backup and Restoration

Details

Antara plugin backup wordpress yang paling banyak telah di install oleh pengguna wordpress dan mendapat banyak rating 5 stars.

Dengan plugin ini, anda boleh gunakan cloud storange seperti Amazon S3, Google Drive dan DropBox untuk backup file wordpress anda.

#2. WP-DB-Backup

Details

Plugin ini telah di download sebanyak setengah juta dan mendapat rating di antara 4.6-5 stars. Malangnya plugin ini tidak backup file wordpress anda. Ianya hanya backup database pada wordpress anda sahaja.

#3. Duplicator

Details

Plugin ini bukan saja backup database anda tetapi keseluruhan pada wordpress anda. Jadi anda boleh gunakan plugin ini untuk memindahkan wordpress anda dari server lain ke server yang lain. Walaupun ia percuma, tetapi ia menawarkan premium support di mana anda perlu bayar.

#4. BackUpWordpress

Details

Plugin adalah salah satu plugin terbaik untuk anda gunakan untuk backup wordpress anda. Ia telah di download sebanyak 200,000 oleh pengguna wordpress dan mendapat rating antara 4.7-5 stars. Namun ia ada add-on yang perlu anda beli jika ingin menambah featurenya.

#5. blogVault

Details

Pertimbangkan plugin ini jika anda mencari yang percuma kerana ia juga mampu untuk mem”backup” wordpresss anda dengan kualiti. Ia juga boleh digunakan untuk anda memindahkan wordpress anda dari server ain ke server lain.

#6. Backup WPfree

Details

Plugin ini adalah penyelesaian paling popular di kalangan pengguna untuk backup wordpress mereka. Ia telah di install sebanyak 300,000. Walaupun ia percuma, tetapi ia menyediakan support berbayar dan menggunakan Amazon S3 dan Google Drive sebagai backup. Jadi anda boleh backup sebesar mana pun web wordpress anda tanpa ada masalah.

#7. WordPress To Dropbox

Details

Plugin ini menawarkan backup wordpress anda dengan percuma dan menawarkan dropbox sebagai cloud storage untuk menyimpan saiz file yang di backup. Dropbox hanya menawarkan 2GB percuma dan selebihnya anda perlu subscribe untuk dapatkan saiz yang lebih.

777 total views, 1 views today