Tips dan Panduan Menulis Ebook | Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa menulis ebook adalah sumber pendapatan pasif saya sendiri. Saya hanya habiskan masa selama 10-14 hari untuk menulis dan saya dapat menuai hasilnya berkali-kali.

Tentu anda nak buat perkara yang sama bukan?

Kali ini saya akan cuba berikan anda beberapa tips asas bagaimana nak menulis ebook sehinggalah kepada pemasaran. Pemasaran ini saya sendiri yang telah applikasikannya dan saya hampir menerima tempahan setiap hari.

Di bawah ini adalah bukti-bukti saya menjual ebook hasil sendiri. Jangan lupa pilih pixel yang tinggi untuk lihat kualiti video yang lebih bagus. Ini hasil saya jual ebook dalam masa 7 bulan.

Sebelum saya pergi ke langkah yang seterusnya,  di sini saya nak beritahu kepada anda. Siapakah yang layak menulis ebook? Orang yang layak menulis ebook adalah diri anda sendiri.

Jadi, anda jangan tertanya-tanya lagi layakkah aku menulis ebook?

Ini adalah tips dan panduan asas menulis ebook.

Tips 1: Pemilihan Tajuk Ebook

Pada bahagian inilah mungkin ramai yang tidak berjaya menulis ebook kerana kekurangan idea. Pemilihan tajuk ebook yang salah juga mungkin menyebabkan ebook anda tidak terjual. Jadi, bagaimana anda nak memilih tajuk ebook?

Di sini saya berikan kepada anda beberapa ebook yang mendapat permintaan di pasaran.

  • Ebook niche buat duit
  • Ebook niche kerjaya
  • Ebook niche hubungan
  • Ebook niche kesihatan

Setkan dalam kepala anda bahawa ebook ini sering mendapat permintaan di pasaran. Jadi, anda cuba ambil masa sedikit dan cari idea apakah tajuk ebook yang sesuai untuk anda mulakan.

Tips 2: Cara Menulis Ebook

Di sini ada beberapa cara menulis ebook yang  boleh anda ikuti.

  • Berdasarkan kajian sendiri
  • Berdasarkan menemuduga
  • Berdasarkan pengalaman

Sedikit penerangan.

Berdasarkan kajian sendiri – Walaupun anda tidak tahu dalam sesuatu bidang tersebut, tidak mustahil untuk anda buat ebook sendiri. Jadi langkah terbaik adalah dengan anda buat kajian sendiri. Melalui hasil kajian anda, anda boleh bukukan dan buat ebook anda.

Berdasarkan menemuduga – Cara ini mungkin anda perlukan sedikit kemahiran komunikasi kerana anda perlu menemuduga seseorang atau lebih untuk dapatkan maklumat. Hasil dari maklumat dan temuduga anda tersebut, anda catatkan dan jadikan ia sebagai ebook yang berguna. Anda jangan buat selekeh dengan cara ini. Jutawan Internet Irfan Khairi pun ada buat cara ni.

Berdasarkan pengalaman – Kebanyakkan yang saya lihat ebook yang anda di pasaran, cara inilah yang paling ramai iaitu buat berdasarkan pengalaman sendiri. Cara mudah anda ikut kemahiran anda. Contohnya anda mahir dalam membuat Kek Lapis Bercoklat. Anda buatkan satu tutorial samaada dalam bentuk ebook atau bervideo. Lepas itu anda boleh jual.

Ketiga-tiga inilah cara yang anda boleh hasilkan ebook sendiri. Jadi anda boleh pilih cara mana yang anda mahu untuk hasilkan produk digital atau ebook anda sendiri.

Tips 3: PDF-Format Ebook

Saya tahu mungkin ramai yang dah tahu dan saya juga tahu mungkin ramai yang masih belum tahu. Jadi di sini saya nak beritahu kepada yang belum tahu bagaimana nak buat hasilkan format ebook.

Di sini sebenarnya ada dua format ebook yang saya pernah lihat. Pertama adalah format .exe dan kedua adalah format PDF. Untuk format exe saya tidak mahu ceritakan di sini kerana ia sedikit praktikal walaupun ia jauh lebih selamat daripada ebook anda diciplak.

Caranya adalah, anda taip ebook anda dalam Microsoft Excel 2010 dan apabila siap anda save saja dalam bentuk PDF. Siap!

Tips 3: Dapatkan Testimoni

Dulu saya dapatkan testimoni melalui tiga cara iaitu berikan ebook secara percuma untuk di review (facebook), jual murah kepada email list saya dengan minta mereka berikan testimoni dan dapatkan beberapa orang di forum untuk review ebook anda. Pastikan forum tersebut adalah yang berkaitan dengan niche ebook anda.

Jadi cara yang terbaik adalah, anda berikan saja kepada kawan-kawan atau kenalan terdekat untuk dapatkan testimoni mereka. Testimoni ni sebenarnya adalah pilihan samada anda nak letak atau tidak. Tetapi untuk lebih menyakinkan pelanggan anda, cuba dapatkan testimoni dan letakkannya.

Tips 4: Buat Minisite Power

Bahagian ini juga ramai yang tergendala dalam menghasilkan ebook mereka. Tapi saya ada cara mudah dan senang untuk anda dapatkan sebuah minisite. Anda hanya dapatkan saja Minisite Mudah.

Jika anda nak jimat anda boleh buat sendiri design ministe dan jika anda nak jimat masa, anda boleh upah orang lain buat design ministe dan semestinya ia lebih kelihatan professional.

Kenapa saya sarankan kepada anda Minisite Mudah?

  1. Ia mesra SEO
  2. Mudah dan friendly
  3. Sistem affiliate dan tempahan yang mudah
  4. Hantar produk secara automatik

dan banyak lagi lelebihan Minisite Mudah.

Tips 5: Pemasaran

Dalam bab pemasaran ini, saya berikan kepada anda beberapa idea.

  • Pemasaran email
  • Pemasaran artikel
  • Pemasaran blog (sendiri)
  • Pemasaran Advertorial (upah blogger review)

Dalam panduan Bisnesebook .com, akan banyak lagi dicurahkan ilmu dengan lebih mendalam dalam bisnes ebook untuk anda buat dari awal sehinggalah kepada teknik pemasaran.

Kesimpulan

Pendapatan pasif melalui ebook sekarang adalah menjadi pilihan utama bagi usahawan online kerana ianya cukup memberikan pendapatan yang cukup lumayan.

Bagaimana dengan anda? Dah pilih pilihan pendapatan pasif anda? Jika belum baik anda mulakan sekarang.

3,924 total views, 1 views today