Jika anda bertanya soalan kepada saya senang ke nak buat duit dengan affiliate ni. Jawapan saya sudah tentu mudah kerana saya telah terlibat dalam bidang ni hampir dua tahun. Dalam tempoh tersebut, banyak perkara dan strategi yang telah saya pelajari. Antara strategi yang saya gunakan adalah berblogging.

Jom saya nak sharekan kepada anda beberapa strategi affiliate yang saya gunakan dan yang jarang saya gunakan.

1. Teknik Berblogging

Ni kaedah yang paling popular untuk buat duit dengan affiliate. Kebanyakkan pakar-pakar affiliate dari luar negara menggunakan kaedah berblogging. Jika anda serius nak buat duit dengan affiliate, berblogging adalah satu kaedah yang terbaik untuk jangka masa yang panjang.

Untuk berblogging, anda boleh gunakan blogsopot (percuma) atau wordpress (berbayar). Namun begitu, saya sarankan untuk anda gunakan wordpress untuk anda pergi lebih jauh dalam buat duit online.

2. Teknik Rebet

Anda tawarkan rebet kepada pembeli yang beli sesuatu melalui link affiliate anda. Macam mana cara ni pula ya? Mari saya terangkan secara ringkas.

Andaikata satu produk tersebut bernilai RM100. Komisyennya pula ada RM50 yang anda dapat jika ada orang beli melalui link affiliate anda. Jadi anda tawarkan separuh daripada komisyen anda untuk diberikan kepada mereka.

Jadi, anda akan dapat RM25 dan pembeli anda pula akan dapat RM25.

Namun anda perlu lihat juga terma dan syarat sesuatu affiliate tersebut kerana ada yang tidak membenarkan teknik ini.

3. Teknik Freegift

Apa kata anda tawarkan freegift kepada mereka yang beli sesuatu melalui link affiliate anda. Freegift ni boleh jadi produk fizikal atau produk digital. Tapi pastikan freegift tersebut bersesuaian.

Mungkin anda boleh tawarkan mereka freegift seperti t-shirt.

4. Teknik Forum

Teknik ini semakin lama semakin dilupakan. Sebelum popular blog dan facebook, forum adalah medium utama tempat usahawan online mencari rezeki. Tetapi, semakin lama forum semakin tenggelam dengan kehadiran facebook dan blog.

Namu begitu, forum masih lagi yang ramai melawat dan masih ramai yang masih aktif berforum. Ini kerana banyak idea-idea dan pandangan yang dapat diambil di forum. Kadang-kadang saya lebih suka baca sesuatu di forum berbanding di facebook atau blog. Ini kerana kita dapat melihat masing-masing berikan pandangan terhadap sesuatu.

Cara nak buat duit affiliate di forum, anda cuma perlu letakkan sahaja singnature anda pada profil anda. Jika anda memberikan komen atau pandangan terhadap sesuatu topik atau isu, pada bahagian bawah sekali anda akan dapat lihat singnature anda tersebut.

Contoh

5. Teknik Remarketing

Pernah dengar tak teknik remarketing ni? Anda banyak teknik teknik remarketing ni. Tapi saya hanya nak fokus satu sahaja iaitu remarketing dengan email.

Pemasaran email adalah teknik dan kaedah yang paling cepat untuk hasilkan pendapatan dengan affiliate. Tetapi ia perlukan sedikit kos dan juga masa untuk mengumpul email list.

Cara teknik ini adalah, anda perlu kumpul list email dan anda buat followup dengan email tersebut. Kajian dibuat bahawa seseorang itu tidak akan membeli sesuatu produk untuk kali pertama ia melihatnya. Jadi di sini, anda perlu sentiasa follow up dan memberikan maklumat yang jelas tentang apa yang anda promosikan tersebut.

Mungkin email kali ketiga dan keempat yang anda hantar barulah terhasil jualan.

Saya menamakan ia teknik remarketing kerana kita sentiasa mengulangi dan ulangi promosi sehingga terhasil jualan. Namun  kaedah ini hanya mereka yang pakar sahaja yang mampu buat.

Jika anda nak mencuba tidak mengapa. Anda boleh mulakan dengan menggunakan Emelmatik untuk tujuan remarketing.

Kesimpulan

Rasanya cukup dahulu tips untuk kali ini. Kalau nak diberikan banyak pun, anda juga pening nak fikirkan. Nasihat saya kepada anda yang ingin mulakan bisnes affiliate, binalah sebuah blog berbayar.

739 total views, 1 views today