Simpan Duit Kahwin | Pernah terbaca dalam satu buku pakar kewangan mengatakan walaupun berpuluh-puluh ribu gaji seseorang, jika tidak ada satu sen pun yang disimpan setiap bulan sebagai duit kecemasan atau tabung masa hadapan, mereka itu tetap dikira miskin dalam tidak sedar.

Lebih baik mereka yang bergaji ribuan ringgit tetapi masih lagi mampu untuk menabung sebanyak ratusan ringgit setiap bulan. Tiba saat nanti, duit tersebut mungkin boleh berkembang ke arah yang lebih baik seperti buat modal bisnes, duit kecemasan dan sebagainya.

Syukur kepada Allah. Pada bulan September 2013 yang lalu, saya dah mula start menyimpan duit sendiri sebanyak RM300 setiap bulan sehingga kini. Simpanan saya ni bukan simpanan di bank biasa. Tetapi saya telah menyimpannya ke dalam akaun Public Mutual. Public Mutual ni seperti ASB dan seangkatan dengannya. Tapi yang untungnya adalah, Public Mutul menawarkan kadar peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 12% keuntungan dengan simpan di sini.

Apa tujuan sebenar saya simpan RM300 setiap bulan?

Tujuan sebenar saya simpan RM300 setiap bulan adalah untuk gunakan semasa hari kahwin nanti. Duit inilah yang mungkin akan tampung segala perbelanjaan semasa hari perkahwinan.

RM300 je? Cukup ke nak simpan sampai umur 25 tahun nak buat kahwin?

RM300 ni adalah sebagai duit simpanan yang tetap dan takkan diusik dengan apa tujuan sekali pun. Walaubagaimanapun duit yang lain masih ada untuk enjoy dan keperluan diri.

Dengan izin Allah, pada umur 25 nanti, saya akan tamatkan zaman bujang ini dengan penuh makna. Walaupun calon yang ada masih lagi samar-samar, agar suatu hari nanti kesamaran tu akan hilang.

Menabung Satu Amalan Mulia

Kepada anda yang dah bergaji dan berduit, mulalah start meyimpan sekarang duit anda. Paling maksimum, simpan je RM100 setiap bulan dan cuba cari bank yang menawarkan kadar keuntungan peratusan yang tinggi untuk menyimpan. Contohnya mungkin anda boleh menyimpan di Tabung Haji.

Orang kata kalau kita buat simpanan  di tabung haji tak payah buat zakat fitrah dah kerana mereka dah tolak siap-siap zakat untuk kita.

Dengan menabung juga, kita mungkin boleh belajar hilangkan sikap boros kita dalam berbelanja. Seperti yang saya belajar dulu, semasa kita berbelanja kita mesti tahu apa itu keperluan dan apa itu kehendak.

Apa itu keperluan dan kehendak? Keperluan adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk memudahkan kerja kita seharian. Contohnya memiliki kereta. Ia mungkin jadi satu keperluan dan satu kehendak. Jika anda masih belum ada kereta untuk bergerak ke sana dan ke mari sebagai urusan kerja anda seharin, ia mungkin jadi satu keperluan untuk anda. Tapi, jika anda nak beli kereta ferrari untuk bergerak ke sana dan ke mari, itu sudah menjadi kehendak.

Menabung Menjamin Masa Depan

Ingatlah bahawa dengan menabung akan menjamin masa depan anda. Apa guna anda bergaji puluhan ribuan ringgit tetapi setiap bulan tidak ada simpanan. Apabila berlakunya kecemasan, anda nak cari di mana duit untuk digunakan?

Nak tak nak anda terpaksa meminjam untuk menggunakannya. Jadi adakah anda tergolong dalam golongan kaya walapun gaji berpuluh-puluh ribu jika berlaku kejadian seperti ini?

Seperti yang saya katakan tadi juga, jika anda remaja dewasa seperti saya dan anda mula menyimpan duit dalam akaun anda dari sekrang, bila dah tiba masa untuk berkahwin, anda boleh gunakan duit ini. Ini juga dikira kecemasan kerana jika terlewat takut nanti akan dikebas orang lain.

Jadi, menabunglah untuk menjamin masa depan anda. Hidupkan amalan menabung.

Kepada wanita yang membaca artikel ini dan ingin menjana duit hanya dari rumah, boleh lihat panduan – di sini -. Mungkin boleh jadi duit tabung kepada anda nanti.

11,166 total views, 2 views today