Lima Niche Ebook Paling Laris | Seperti yang kita tahu ebook adalah cara paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet. Namun kita seperti kehilangan arah bagaimana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang terlalu bernas untuk jana pendapatan melalui ebook.

Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Cari maklumat yang dapat menyelesaikan banyak masalah orang ramai.

(Panduan Bisnes Ebook) – Lima Niche Ebook Paling Laris!

Di dalam artikel ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang sentiasa mendapat permintaan di pasaran.

#1. Buat Duit Online dan Offline

Niche buat duit online atau offline adalah paling ramai orang tercari-cari panduannya. Jadi, kenapa anda tidak ambil peluang ini untuk jana pendapatan kepada anda dengan hasilkan ebook panduan?

Untuk menjadikan ebook anda laris, anda perlu meletakkan beberapa syarat pada ebook anda sebelum anda mula menjual ebook anda. Syarat ebook tersebut adalah

  • Teknik anda adalah logik.
  • Anda mahir dengan teknik tersebut.
  • Anda mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh keputusan yang sama dengan anda..
  • Teknik adalah hasil dari percubaan anda sendiri.
  • Sudah terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda itu.

Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar kepada anda.

Contoh ebook buat duit online dan offline:

#2. Fitness dan Weight Loss

Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Jika di luar negara, niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.

Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.

Contoh ebook fitness dan weight loss

#3. Hubungan Sesama Manusia

Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.

Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu suaminya setia, seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.

Contoh ebook hubungan sesama manusia adalah seperti:

#4. Ebook “How To”

Ebook yang paling laris dijual sebenarnya adalah ebook banyak menyelesaikan masalah orang ramai. Sebagai contoh, saya senaraikan di bawah ebook yang banyak orang mencari masalah penyelsaian.

  1. Bagaimana nak buat duit online
  2. Bagaimana nak buka bengkel kereta step by step
  3. Bagaimana nak buka syarikat step by step
  4. Bagaimana nak berhenti merokok
  5. Bagaimana nak buat bisnes emas.

Sebenarnya ebook yang jenis ini akan paling banyak orang beli kerana mereka ingin menyelesaikan masalah mereka dengan lebih cepat dan teratur.

Contoh ebook:

#5. Hobi

Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.

Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.

Kesimpulan

Tidak susah untuk jana pendapatan melalui ebook. Anda hanya perlu cari pembeli yang mahukan maklumat yang anda miliki. Pendapatan melalui ebook adalah tidak terhad. Anda boleh hasil dan jual beberapa ebook serentak. Anda juga boleh menjual ebook melalui kelima-lima niche serentak. Internet adalah dunia tanpa sempadan. Jadi, kenapa anda perlu ada had.

Jika anda ingin mulakan bisnes ebook anda, boleh dapatkan panduan Panduan Lengkap Bisnes Ebook.

1,297 total views, 1 views today