Lima Idea Tingkatkan Jualan Dengan Minisite | Kepada yang sudah lama berniaga secara online, sudah tentu anda tahu apakah itu minisite dan bagaimana ia berfungsi serta boleh meningkatkan jualan seseorang dengan lumayan.

Apa itu minisite sebenarnya?

Minisite adalah sebuah website jualan yang hanya memfokuskan jualan kepada satu jenis produk sahaja. Katakan saya menjual ubat kurus. Dalam ministe tersebut saya hanya jual ubat kurus sahaja tanpa mencampurkan dengan produk-produk yang lain.

Minisite mempunyai kuasa jualan yang sangat tinggi kerana kita hanya fokus kepada sesuatu produk sahaja. Perkara ini dapat membuatkan prospek yang membaca surat jualan dalam minisite tersebut tidak memikirkan tentang produk yang lain. Mereka hanya fikir tentang produk tersebut sahaja.

Mempunyai sebuah minisite sahaja sebenarnya tidak cukup hebat lagi. Sebenarnya ada beberapa perkara penting lagi untuk menjadikan minisite adalah sebuah webjualan yang power.

Di sini saya akan cuba sampaikan lima idea untuk menjadikan sebuah minisite adalah minisite yang power.

#Idea 1: Bina List

Mempunyai minisite design yang menarik sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadikan minisite anda sebuah minisite yang hebat, anda perlu membina senarai list dengan meletakkan borang pengisian nama dan email di dalam minisite anda. Contoh form untuk bina senarai list.

Tujuan sebenar membina list ini adalah untuk follow up prospek supaya mereka sentiasa mendapat info terbaru tentang produk yang kita jual supaya mengukuhkan lagi fahaman mereka sebelum mereka membeli.

Borang ini saya gunakan khidmat dari AWeber. Jika anda mampu, saya cadangkan untuk anda melanggan software membina senarai email dengan AWeber.

 #Idea 2: Bina Blog Dengan Subdomain

Apa itu membina blog dengan subdomain?

Katakan domain untuk minisite jualan anda adalah www.ubatkurus.com jadi anda boleh buat subdomain untuk blog anda seperti blog.ubatkurus.com. Dalam blog ini, anda menceritakan dan berkongsikan kepada orang ramai tentang bagaimana nak kurus, cara-cara nak kurus dan sebagainya.

Kenapa saya suruh anda membina blog? Blog adalah satu cara untuk menjadikan minisite anda mesra di enjin carian seperti google. Dengan ini, anda akan lebih mendapat ramai traffik dan juga dari sini anda akan mendapat jualan.

Jika anda tidak faham, anda boleh tanyakan kepada webmaster anda atau pembina minisite anda.

#Idea 3: Gunakan Agen Jualan (Affiliate)

Untuk meningkatkan lagi jualan anda, anda boleh memasang dan invite agen yang berminat untuk promosikan produk anda. Dengan ini kos iklan dan juga masa anda dapat dijimatkan. Hanya bayar kepada agen apabila jualan berlaku sahaja. Ianya sungguh menyeronokkan sebenarnya. Kita hanya hasilkan produk dan orang lain tolong menjualkannya.

#Idea 4: Buat Contest

Contest adalah salah satu cara terbaik dan diterima ramai untuk melonjakkan jualan anda dengan lebih cepat dan drastik. Contohnya anda menawarakn wang tunai yang lumayan kepada sesiapa yang dapat mendapat jualan tertinggi dalam masa yang anda telah tetapkan.

Walaupun anda dilihat rugi, tetapi sebenarnya anda jauh lebih mendapat keuntungan tambahan pula anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk iklankan produk anda.

#Idea 5: Khidmat Review

Ramai yang tidak nampak akan cara ini iaitu dengan menggunakan khidmat review produk anda. Kebiasaannya, khidmat review ini ditawrkan oleh para blogger. Anda boleh memilih sendiri blogger yang mendapat trafik yang banyak dan mengupah mereka buat satu review untuk produk anda dan terus ke minisite anda.

Jika blogger tersebut pandai main ayat, tidak mustahil produk anda akan terjual.

Keseluruhan

Jika anda tercari-cari bagaimana nak buat minisite dengan mudah, saya cadangkan anda untuk gunakan dari Minisite Mudah yang dibina oleh saudara YassirArafat. Dengan harga yang mampu milik ini, anda boleh jimatkan kos untuk membina sebuah minisite. Banyak lagi ciri-ciri yang menarik yang ada pada MinisiteMudah.

Sehingga sekarang, minisite masih lagi menjadi senjata jualan utama bagi sesuatu produk. Rugi jika anda tidak ambil peluang ini sebaik-baiknya.

1,390 total views, 2 views today