Sejak akhir-akhir ni saya banyak tulis pasal pemasaran email selfhost ni. Sebenarnya ada banyak kebaikkan anda menggunakan pemasaran email selfhost ni.

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Email Selfhost

Di bawah ini saya senaraikan kenapa saya beria-ia sangat untuk gunakan pemasran email selfhost ni.

  1. Yang pertama sekali, sudah tentunya ia jimat. Ya! Pemasaran email selfhost ni sangat-sangat jimat.
  2. Anda boleh ekstrak subscriber anda dari laman web anda seperti ecommerce dan masukkan dalam email list anda.
  3. Anda bebas import subscriber tanpa perlu mereka confirm balik email mereka.
  4. Bayaran VPS hosting saja tetap setiap bulan. Lebih kurang RM250 sebulan.
  5. Tak perlu risau ada list juta-juta.

Sedikit Tips dan Pesanan

  1. Pemasaran email selfhost ni sesuai untuk mereka mempunyai bisnes yang terpaksa mengumpul list banyak-banyak. Ada list juta-juta pun tak perlu bimbang.
  2. Untuk blogger biasa, anda boleh gunakan Trafficwave di mana hanya RM70 sahaja sebulan.
  3. Untuk newbie anda boleh gunakan Emailmatik ciptaan anak Malaysia sendiri. Yang ni sekali bayar sahaja.

Ok. Ada lagi nak tambah kelebihan menggunakan pemasaran email selfhost ni?

254 total views, 1 views today