Lima Kaedah Promosi Ebook Sendiri Secara Underground | Tahukah anda siapa yang mempolopori jualan ebook di Malaysia? Tidak lain dan tidak bukan adalah pemilik kepada website SempoiHosting iaitu Tuan Suhaimy.

Ebook pertama beliau yang bertajuk MasKahwin adalah ebook pertama yang terjual di Malaysia sebelum ramai lagi rakyat Malaysia cuba mengikuti jejak langkah beliau dalam penjualan ebook.

Saya percaya bahawa ramai yang mampu  menghasilkan ebook sendiri yang bagus tetapi jika tak tahu promosi ia adalah satu perkara yang sia-sia.

Di sini saya sediakan kepada anda lima kaedah promosi ebook secara undergroud yang boleh anda lakukan.

#1. Ashadee.com (Ditutup)

Ashadee.com merupakan satu pasaran produk digital yang terbesar di Malaysia. Di sini anda akan dapati pelbagai software-software dan ebook yang dijual. Di sini anda boleh buat duit melalui dua pilihan samaada menjadi Vendor atau Agen Affiliate.

Vendor adalah jika anda pemilik kepada sesuatu produk dan ingin menjual melalui Ashadee.com manakala agen affiliate adalah anda pilih mana-mana produk di sana dan buat promosi kepada orang ramai. Jika ada jualan, anda akan dapat komisyen.

Jadi di sini, anda boleh menjadi vendor dan meletakkan ebook anda di sini untuk dijual. Cara promosi pula anda jangan bimbang. Hanya sediakan banner, ayat jualan dan video promosi kepada puluhan ribu agen affiliate untuk promosikan ebook anda sehingga terjual.

Kelebihan meletakkan ebook anda di Ashadee adalah, anda boleh menjual melalui dua cara iaitu melalui websitenya sendiri atau melalui diri anda sendiri.

#2. Klikjer.com

Jika anda seorang yang aktif melayari blogger atau pemasaran internet, tentu anda tidak asing lagi tentang website klikjer.com. Klikjer.com merupakan sebuah laman website publisher ebook yang anda hasilkan.

Di sini juga ada beribu-ribu agen affiliate yang sedia membantu anda untuk menghasilkan jualan. Jadi anda tidak perlu risau tentang pemasaran ebook anda.

Kelebihan meletakkan ebook anda di klikjer.com adalah, anda hanya perlu menulis ebook sahaja dan biarkan mereka membina minisite, cover ebook dan banner promosi kepada anda secara percuma.

#3. Blog/SEO

Kaedah pemasaran dengan menggunakan blog adalah pemasaran yang paling saya gemari. Dengan menggunakan blog, anda boleh menceritakan secara lebih mendalam lagi tentang ebook yang anda jual. Ini adalah rahsia jualan terlaris yang jarang orang ketahui. Sebagai contoh saya ambil. Domain ebook anda adalah www.rahsiaperkahwinan.com. Jadi anda buat satu subdomain dengan nama blog.rahsiaperkahwinan.com.

Dalam blog tersebut anda menceritakan segala hal perkahwinan, percintaan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika ada seseorang menaip kata kunci tersebut di carian enjin, InsyaAllah website anda akan berada di page pertama di google.

#4. Review eBook

Kaedah review eBook juga merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan. Jika di luar negara, ramai usahawan affiliate menggunakan kaedah review untuk mereview sesuatu produk di blog mereka. Mereka hanya buat review beberapa kali di blog dan hasilnya secara berterusan secara pasif.

Bagaimana kaedah review ebook ni?

Cara ini anda perlulah mencari seorang blogger yang terkenal yang menawarkan servis review produk di blog mereka. Ramai blogger yang ada menawarkan servis ini.

#5. Facebook Fanpage/Groups

Kelebihan menjadi untuk anda jika mempunyai fanpage atau group yang aktif. Di sini anda memerlukan kretiviti yang tersendiri. Jika anda selalu mempromosi ebook anda dan sebagainya, lama kelamaan ramai yang akan meninggalkan group atau fanpage anda. Jadi gunakanlah secara bijak bagaimana nak promosi.

Apa yang saya nyatakan di sini adalah group dan fanpage sendiri dan bukanya milik orang lain.

Keseluruhan

Dengan kaedah dan cara yang saya tujukkan di atas, kini anda tak usah risau nak buat ebook sendiri dan jual. Untuk meningkatkan jualan ebook, anda mungkin boleh buat JV dan juga menggunakan pemasaran yang berbayar seperti pemasaran email.

2,810 total views, 2 views today