Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih“. Itulah peribahasa yang sering kita dengar yang membawa maksud jika kita nakkan sesuatu, tiada alasan yang boleh jadikan ia sebagai penghalang cita-cita kita.

Pernah anda terfikir bagaimana nak buat bisnes tapi modal kurang?

Pada hemat saya, ada dua cara nak mulakan bisnes tanpa modal iaitu dengan buat Dropship dan bisnes jenis Servis. Kedua-dua model bisnes ini anda memerlukan modal yang amat minimum atau mungkin tidak perlukan modal langsung!

Bagaimana caranya?

Jangan susah hati. Saya akan sharekan idea yang ditulis oleh Puan Reni bt Rahmat untuk dikongsikan kepada anda.

Idea Bisnes Bagi Mereka Kurang Modal

#1. Servis cuci kereta.

Servis kereta dari satu apartment ke apartment. Idea ini saya baca pada tahun 2006. Ketika itu saya terbaca satu artikel bagaimana seorang ‘brother’ ini membuat duit dengan menyediakan servis kereta dari satu apartment ke apartment yang lain.

Apa yang beliau buat :

1) Kenalpasti kawasan mana yang mempunyai banyak apartment dan kondo.
Rasionalnya, penghuni yang tinggal di apt atau kondo menghadapi kekangan untuk mencuci kereta sendiri melainkan merajinkan diri menyinggah ke pusat cucian kereta.

Saya sendiri yang tinggal di apartment, berbulan-bulan sudah tidak mencuci kereta. Dah sampai rumah, memang malas nak turun. Dah keluar, tak sempat nak singgah ke pusat cucian. 🙂

Bukankah ini masalah?

‘Brother’ ini tadi telah menjelajah dari satu apt ke apartment yang lain dan meminta izin dari pihak management di situ untuk mengedarkan flyers dari rumah ke rumah untuk tujuan servis cuci kereta bergerak.

Beliau tawarkan — 8x servis cuci kereta. Setiap seminggu, beliau akan arahkan pekerjanya untuk mencuci 2x dalam seminggu tersebut untuk pemilik kereta yang bersetuju.

Selama seminggu membuat marketing, beliau sudah mendapat panggilan dari penghuni di apt tersebut. Beliau tawarkan fees secara bulanan. Beliau menawarkan 2 pakej iaitu :

1) Pakej mingguan iaitu RM20 – 2X cucian
2) Pakej bulanan iaitu RM60 – 8x cucian.

Dan selalunya, pelanggan akan end up memilih pakej bulanan.

Dalam bulan pertama tersebut, beliau telah closed deal 8 buah apartment dengan total setiap apartment 20 buah kereta.

Maka, bulan pertama sahaja beliau sudah mempunyai 160 buah kereta untuk di cuci.

160 x RM60 = RM9,600.

Kos beliau :

2 orang pekerja : RM700 sebulan.
Air : RM100 sebulan/apartment
8 buah apartment : RM800
Baldi / kain / sabun : RM1000 sebulan.

Beliau tidak mempunyai pejabat. Semua di lakukan dari rumah. Jualan bersih sebulan yang beliau perolehi : RM6,400.

#2 Servis Kutip Sampah.

Kedua-dua servis ini sangat sesuai untuk pelanggan yang duduk di apartment atau kondo.
Nampak mudah dan simple.Tapi, berapa ramai yang telah buat?
Ada yang nak buat? Jom!

1,842 total views, 1 views today