Alhamdulillah. Sedang asyik duk menulis blog tempoh hari, tiba-tiba dapat surat. Nampak macam dari luar negara. Bila buka bertapa syukurnya saya ada cek di dalam bernilai hampir RM400. Ini adalah cek kali ketiga atau keempat dari Getresponse. Lupa.

Sebenarnya tak ada apa teknik pun yang saya buat untuk dapat komisyen samaada dari Getresponse atau AWeber. Cuma saya menulis blog dan tunggu. Itu saja. Sama seperti orang lain yang buat duit dengan blog.

Tetapi…

Ia mesti ada teknik tersendiri.

Dalam panduan yang saya hasilkan sendiri, Buatduitblog.com banyak menceritakan asas-asas serta panduan untuk buat duit dengan blog ni. Dari membina blog sehinggalah perkara bagaimana nak buat duit dengan blog. Boleh dikatakan hampir dari A – Z lah panduan ini menceritakan.

Ebook panduan ini hanyalah saya kategorikan untuk yang NEWBIE sahaja. Yang dah merasai duit dengan blog lebih 5 angka setahun, ia amat tidak sesuai untuk anda.

Di bawah ini adalah contoh bayaran Cek komisyen dari Getresponse.

Nak belajar buat duit dengan blog ni ada dua cara yang boleh saya rekomenkan kepada anda. Anda boleh search sendiri di google atau beli panduan yang telah lengkap susun untuk anda baca.

Pilihan semua di tangan anda.

2,169 total views, 1 views today