Cara Menggunakan Plugin SEO | Plugin SEO by Yoast adalah antara plugin terbaik untuk optimasikan SEO wordpress anda. Plugin ini juga telah disahkan dan digunakan oleh kebanyakkan pro blogger dari luar negara. Jadi ianya memang terbukti berkesan.

Kali ini, saya akan tunjukkan pula tutorial bagaimana nak menggunakan plugin ini untuk optimasikan SEO dalam blog wordpress anda.

#Langkah 1: Install Plugin

Untuk install plugin ini, seperti biasa anda pergi ke Dashboard >>> Plugins >>> Add New. Selepas itu, taip ke dalam kotak search dengan menggunakan kata kunci Yoast. Kemudian ia akan keluar senarai kata kunci Yoast dan anda cari plugin yang bernama “WordPress SEO by Yoast”.

Klik install dan aktifkan ia.

#Langkah 2: Setting SEO

Untuk setting SEO dengan menggunakan plugin Yoast ni, anda mestilah menulis sebuah artikel dahulu. Selepas itu, di dalam bawah artikel tersebut, akan ada satu kotak setting SEO by Yoast yang telah anda install sebentar tadi.

Penerangan:

Snippet Preview: Bahagian ini adalah preview yang akan nampak pada enjin carian Google.

Fokus Keyword: Bahagian ini anda hendaklan menulis sekurang-kurangnya satu perkataan keyword. Ini sangat penting.

SEO Title: Bahagian ini anda boleh edit sendiri bagaimana anda nak nampak tajuk artikel tersebut di Google. Atau juga anda boleh tinggalkan kosong pada bahagian ini. Ini akan merubahkan Snippet Preview.

Meta Description: Bahagian ini anda boleh tinggalkan atau tulis sedikit ringkasan tentang artikel anda untuk mengoptimasikan lagi SEO pada blog wordpress anda.

#Langkah 3: Semak SEO anda

Selepas anda siap setting kesemuanya, anda perlulah pula semak SEO artikel anda. Untuk tahu kekuatan SEO anda, anda boleh rujuk gambar di bawah di mana yang berwarna hijau adalah yang paling kuat dan yang warna merah adalah yang paling lemah.

Jika SEO artikel anda masih lemah, sila ubah pada bahagian “Fokus Keyword”.

Keseluruhan

Kaedah ini adalah kaedah yang asas dalam SEO. Untuk belajar SEO, anda sebenarnya tidak perlu pening nak memikirkannya kerana ia terlalu kompleks.

Cukuplah sekadar anda tahu asas. Tahu secara asas pun sudah ramai yang dapat menguasai SEO di google atau di mana-mana enjin carian.

803 total views, 1 views today