Cara Keluarkan Duit Dari Paypal | Mungkin ada di antara anda buat bisnes menggunakan akaun paypal sebagai transaksi. Tapi tahukah anda simpan duit dalam paypal tidak memberi anda apa-apa dividen atau faedah. Ini boleh merugikan anda sedikit. Jadi, jika duit anda banyak terkumpul di Paypal anda boleh buat keluarkan di dalam akaun bank tempatan anda.

Bagaimana nak keluarkan duit dari paypal ke akaun bank tempatan?

Pada artikel kali ini, saya akan cuba buat tutorial step by step untuk anda bagaimana nak keluarkan dari duit paypal ke akaun bank tempatan anda.

Ikuti langkah di bawah.

Langkah 1:

Sila login dahulu ke akaun paypal anda. Pada bahagian dashboard anda cari “Withdraw” dan klik. Sila lihat gambar di bawah.

Langkah 2:

Selepas itu anda akan dibawa ke halaman seperti berikut. Sila pilih “Withdraw to your bank account”

Langkah 3:

Selepas itu anda isi semua maklumat yang diperlukan. Lihat penerangan di bawah.

Penerangan

1. Pilih Malaysia

2. Ini bahagian default. Tinggalkan.

3. Tulis nama penuh anda mengikut nama akaun anda

4 dan 5. Sila rujuk gambar di bawah.

6 dan 7. Sila isikan nombor akaun bank anda. Sila pastikan ia betul.

Langkah 4:

Selepas itu masukkan jumlah wang yang anda ingin keluarkan dan klik pada butang Continue. Siap! Transaksi akan mengambil masa selama 2-3 hari bekerja. Selepas itu anda akan lihat wang dalam akaun bank anda.

Jika dalam tutorial ini ada kesilapan, boleh tinggalkan komen di bawah.

7,685 total views, 3 views today