Pernah tak anda terfikir untuk custom pada login page blog wordpress anda. Contohnya nak tukar logo dan sebagainya.

Cara Custom Login Page Blog WordPress

Walaupun custom pada login page tidak penting, tetapi kekadang anda boleh lakukannya untuk buat branding jenama blog anda. Contohnya anda buat servis website atau buat servis blog, anda boleh gunakan cara ini.

Contohnya anda boleh lihat gambar di bawah atau secara live di sini.

Menarik bukan?

Untuk buat seperti di atas, ikut tutorial di bawah ini.

  1. Pergi ke Dashboard >>> Plugins >>> Add New. Kemudian anda taip “A5 Custom Login Page” by Stefen Cramer.
  2. Klik install dan aktifkan.
  3. Kemudian, dari Dashboard >>> A5 Custome Login >>> Custom Login Page.
  4. Klik pada tab “Logo” dan masukkan link atau upload logo anda.

Kemudian, anda perlu setting dimensi dan saiz logo anda. Jika anda tidak setting pada bahagian ini, logo anda akan kelihatan sangat kecil. Sila setting mengikut saiz logo anda. Contoh di bawah.

Klik save dan siap! Sekarang cuba anda logout dan tengok pada page login anda. Sekarang sudah ada logo anda sendiri di mana logo asal sebelum ini adalah logo wordpress.

Tutorial yang saya tunjukkan ini adalah untuk ubah logo sahaja. Sebenarnya banyak lagi anda boleh ubah dan letak pada login page untuk brandingkan jenama anda.

 

1,764 total views, 2 views today