Bagi saya U Mobile merupakan salah satu perkhidmatan penyedia internet yang terbaik. Ini kerana plan yang ditawarkannya juga cukup murah berbanding dengan plan-plan internet yang lain. Antara yang saya gunakan sekarang ini adalah pakej 10GB untuk RM56 sahaja sebulan.

Baiklah. Pada kali ini saya nak tunjukkan satu tutorial bagaimana nak buat bayaran bil U Mobile secara online memandangkan masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana nak buat bil U Mobile secara online.

Cara Bayar U Mobile Secara Online

Tutorial pembayaran bil U Mobile ini saya gunakan Maybank2u. Jadi, untuk ikuti tutorial ini, anda mesti mempunyai perbankkan online Maybank2u.

Langkah 1: Login ke Maybank

Seperti biasa, sila login terlebih dahulu ke dalam akaun Maybank2u anda. Klik Sini untuk login.

Langkah 2: Pilih option “Bill Payment”

Dari dashboard Maybank2u anda, anda akan dapat lihat seperti gambar di bawah dan pilih option “Bill Payment”

Langkah 3: Pilih “One Off Payment”

Kemudian anda klik pula pada “One Off Payment”. Klik saja dengan penuh keyakinan.

Langkah 4: Pilih Option “All Payees”

Kemudian, anda pilih option “All Payees” dan klik pada butang continue.

Langkah 5: Pilih Option Untuk Payees “U Mobile”

Kemudian, anda pilih untuk option “All Payee” adalah U mobile. Klik continue.

Langkah 6: Masukkan Maklumat U Mobile Anda

Pada bahagian ini, anda mestilah tahu maklumat U mobile anda seperti Account U Mbile  anda dan juga Nombor Telefon untuk sim kad U Mobile anda.

Biasanya maklumat ini anda boleh dapati di dalam email anda jika pada pertama kali anda daftar anda ada berikan mereka alamat email anda. Sila semak dalam email bil pembayaran untuk U Mobile anda.

Kemudian, Klik pada butang “Continue”

Langkah 7: Permintaan TAC

Pada bahagian ini, anda mesti klik pada “Request a TC number”. Ini adalah bertujuan untuk keselamatan akaun anda.

Selepas anda klik pada “Request a TC number”, anda akan menerima satu nombor siri khas di dalam telefon anda dan masukkan nomor tersebut ke dalam kotak TAC yang telah disediakan.

Kemudian, klik “Confirm”

Maka selesailah sudah anda membayar  bill U Mobile anda tanpa perlu pergi ke cawangan mereka lagi untuk tunjuan pembayaran.

Jika anda rasa tutorial saya ini bermanfaat, bolehlah langgan artikel di blog saya secara percuma terus ke dalam email anda. Caranya isikan nama dan alamat email anda di dalam kotak ” Dapatkan Tips Blogging” di atas sebelah kanan blog ini.

34,777 total views, 6 views today