Bila sebut buat bisnes tanpa modal, semua orang rasa ragu-ragu. Betul ke boleh buat bisnes tanpa modal? Tipu je dia ni. Semua bisnes perlukan modal. Mana ada bisnes tak ada modal. Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Modal juga tu.

Ya! mungkin benar apa yang mereka fikirkan. Tapi cuba fikir secara lebih mendalam.

Dalam bisnes saya kategorikan hanya ada tiga jenis modal sahaja iaitu modal fizikal, modal ilmu dan modal kemahiran.

Modal Fizikal

Modal jenis fizikal ini adalah modal jenis penyediaan bahan-bahan untuk memulakan bisnes. Sebagai contoh jika seseorang ingin memulakan perniagaan menjahit baju, jadi modal yang diperlukannya adalah mesin jahit, jarum dan sebagainya.

Modal Ilmu

Modal ilmu pula adalah seseorang yang menuntut ilmu bisnes terlebih dahulu sebelum memulakan bisnesnya. Biasanya orang jenis ini boleh memulakan bisnesnya sendiri tanpa memerlukan modal fizikal. Jika mereka sudah ada ilmu dalam bisnes, mereka mungkin boleh tahu di mana nak mulakan bisnes tanpa modal fizikal ni. Contohnya mereka boleh buat bisnes secara dropship terlebih dahulu. Tempat untuk promosikan barang mungkin boleh buat di eBay dan sebagainya. eBay hanya cas apabila barang telah terjual (hanya ebay tertentu sahaja). Inilah bezanya mereka yang gunakan modal ilmu dalam buat bisnes.

Selain itu juga, seseorang yang ada modal ilmu, mereka boleh buat duit dengan affiliate.

Modal ilmu ni boleh dapatkan secara berbayar atau percuma. Kalau nak cepat dan lebih berkesan, dapatkan modal ilmu secara berbayar.

Modal Kemahiran

Modal jenis kemahiran ini adalah modal yang paling saya suka. Hanya perlu ilmu kemahiran saja dan tahu di mana tempat boleh jana duit tanpa modal. Sebagai contoh modal kemahiran yang saya katakan ini adalah seperti pandai design gambar, design poster, buat servis menulis, jual ebook tulisan sendiri, servis bina blog dan sebagainya. Semua ini anda tak perlukan modal pun. Hanya rolling duit customer yang diberikan kepada anda untuk memulakannya.

Kemahiran dah ada, idea nak buat bisnes dah ada. Tapi mana tempat nak buat duit tanpa modal tu?

Untuk buat duit tanpa modal, anda boleh daftarkan diri secara percuma di iLancee.com.

Di iLancee anda boleh tawarkan apa-apa saja jenis kemahiran yang anda ada seperti yang saya nyatakan tadi. Selain itu juga, anda boleh kumpul sesuatu yang berharga seperti bahan-bahan grafik, gambar dan sebagainya untuk dijual. Kumpul segala bahan-bahan berharga di desktop komputer anda untuk dijual di sini.

Di sini juga anda boleh jual barang fizikal. Contohnya jika anda pandai buat kraftangan homemade sendiri, anda boleh lakukannya di sini. Kos penghantaran anda boleh tentukan sendiri atau boleh buat COD iaitu customer ambil sendiri di rumah anda.

Harga yang boleh ditawarkan di sini adalah harga yang bermula sekitar RM5 sehingga RM500. Jadi anda boleh tawarkan apa-apa sahaja servis atau barang yang anda mahukan.

Mungkin dalam hati anda berkata. Kena ada modal juga. Modal internet tiap-tiap bulan kena bayar. Bagi saya dalam bisnes internet itu dikira sebagai modal minor dimana ia di anggap tidak nampak. Kalau dalam pengiraan matematik, jumlah yang terlalu kecil diabaikan sahaja.

Setakat ini dahulu perkongsian saya. Semoga anda boleh buat duit dengan lebih kencang lagi selepas ini. Daftar sekarang di iLancee.com.

1,764 total views, 1 views today