Sebelum anda baca artikel atau tips saya pada kali ini, saya harap anda pun sudah baca post saya yang sebelum ini yang bertajuk “Apa Itu Pendapatan Pasif dan Aktif“.

Tentu anda sekarang dah buntu bagaimana cara nak jana pendapatan pasif kepada anda dengan mudah pada setiap hari. Tetapi sebelum itu anda hendaklah fahami dahulu apa itu pendapatan pasif.

Di sini saya terangkan serba sedikit dulu apa itu pendapatan pasif.

Pendapatan pasif ini adalah pendapatan di mana hanya sekali sahaja kerja yang kita lakukan dan hasilnya akan dapat dirasai selamanya tanpa anda perlu buat lagi.

Contohnya adalah seorang penyanyi bagaimana mereka mendapat royalti secara berterusnya hanya dari satu lagu rakamannya. Hebat bukan?

Tapi bukan semua pandai dan boleh menyanyi kan? Jadi di sini saya berikan beberapa idea yang mampu anda boleh buat duit secara pasif dengan mudah.

Tiga Cara Jana Pendapatan Pasif RM50 Setiap hari

Di bawah ini saya senaraikan kepada anda beberapa cara yang boleh anda jana pendapatan pasif sebanyak RM50 setiap hari.

1. Jual Produk PLR

Dengan memilki produk PLR anda boleh menjualkannya balik dengan harga yang anda inginkan. Sebagai contoh untuk ebook PLR, anda boleh jualkannya setiap satu dengan harga yang anda tentukan sendiri.

Produk PLR ini bukan saja ebook, tetapi mungkin juga plugin, theme blog, dan juga grafik yang sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi di luar sana.

2. Jual Ebook Sendiri

Jika anda nak merasai manisnya buat duit secara online, anda mungkin boleh cuba untuk buat ebook hasil dar titik peluh anda sendiri. Lepas tu anda jual dengan harga yang agak premium.

Sebenarnya bukan ebook saja anda boleh buat. Tetapi juga anda juga boleh buat satu tutorial. Sebagai contoh, jika anda pandai dalam bermain adobe Photoshop, anda mungkin boleh hasilkan satu panduan bermain dengan adobe Photoshop.

Lepas tu anda jual saja.

3. Buat Affiliate

Nak buat affiliate ini saya sarankan kepada mereka yang suka berblogging. Jika anda suka berblog, saya sarankan untuk anda buat duit secara pasif ini dengan affiliate. Tetapi ia bukan untuk dalam masa terdekat untuk dapatkan hasil. Anda mesti mengambil masa untuk hasilkan pendapatan pasif dengan affiliate.

Jika anda tekun dan sabar, pendapatan pasif dengan affiliate lah yang paling banyak memberikan anda keuntungan.

Pendapatan Pasif RM50 – Teknik Promosi

Untuk teknik promosi pula, tak lain dan tak bukan, anda hendaklah buat satu blog sebagai teknik promosi anda. Saya tidak cadangkan teknik promosi yang lain kerana ia cepat bosan dan memerlukan bayaran. Tentu anda nak yang percuma saja kan?

Untuk kali ini, itu saja yang mampu saya kongsikan kepada anda. Semoga anda terhibur dan mengambil sedikit manfaat daripada tips yang saya berikan.

11,079 total views, 1 views today