Ramai yang nak buat duit melalui internet dengan mudah tetapi ramai juga yang tak tahu caranya. Salah satu cara nak jana duit melalui internet dengan mudah adalah dengan menyertai program affiliate. Saya rasa tentu semua orang pernah dengar apa itu affiliate.

Kepada yang belum tahu apa itu affiliate, di sini saya akan terangkan sedikit serba ringkas. Affiliate adalah sebuah program jana duit dengan kita mempromosi produk orang lain melalui link url unik milik kita. Kita akan mendapat ganjaran jika produk itu terjual melalui link tersebut.

Contohnya jika anda berminat nak promosi produk A, anda mungkin boleh letakkan link unik anda di dalam blog atau facebook. Setelah orang klik link tersebut dan mereka buat belian, anda akan mendapat komisyen. Komisyen yang paling banyak biasanya pemilik produk bagi adalah 75%.

Kali ini saya nak ceritakan kepada anda bagaimana nak jana duit melalui clickbank iaitu sebuah program affiliate yang paling popular. Jika anda dapat jana duit melaluinya, anda akan dapat dalam matawang USD.

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Clickbank?

Anda ingin jana duit affiliate dengan clickbank? Cuba baca dan ikuti langkah-langkah di bawah ini supaya anda dapat jana idea bagaimana nak buat duit dengan clickbank.

Langkah 1: Pemilihan Produk

Pada peringkat awal, anda mestilah memilih produk yang betul. Bila anda pilih produk yang betul, anda mungkin boleh buat duit dengan mudah dengan clickbank.

Ciri-ciri pemilihan produk adalah berdasarkan seperti berikut:

  • Bukan niche buat duit . Ini kerana sudah ramai yang memilih niche ini terutama usahawan affiliate antarabangsa yang sudah berpengalaman dalam bisnes affiliate.
  • Saya sarankan kepada anda supaya pilih niche kesihatan. Jika anda nak tahu lebih tentang niche popolar dan mudah jana duit, boleh dapatkan Panduan Clickbank.
  • Pilih produk yang telah terbukti boleh dijual. Ini bermakna produk tersebut sudah banyak kali dibeli oleh orang lain. Jika anda pilih produk yang belum terjual atau jualan yang sikit, ia mungkin ada masalah pada page atau produk itu sendiri.

Mudah kan? Pilih produk berdasarkan ciri-ciri di atas.

Langkah 2: Kajian Kata Kunci

Bila anda dah jumpa produk yang anda ingin promosikan, sila rajinkan sedikit tangan-tangan anda untuk buat kajian kata kunci supaya kata-kata kunci ini dapat membantu anda dalam SEO dan ia lebih mudah dijumpai di Google.

Untuk pemilihan kata kunci, saya akan buat satu artikel bagaimana nak cari kata kunci dengan mengunakan Keyword Tools google yang terbaru.

Langkah 3: Bina Blog

Bila anda sudah kata kunci yang anda ingin promosikan tersebut, sekarang anda boleh ulaskan produk tersebut melalui artikel di blog anda. Sekali lagi saya sarankan di sini. Jika ingin promosikan affiliate, jangan campur terlalu banyak niche dalam satu-satu masa. Buat blog hanya dengan satu niche sahaja supaya pelawat blog anda tidak keliru mana satu yang patut mereka beli.

Artikel blog anda mestilah dalam Bahasa Inggeris. Jika anda tak tahu di mana nak dapatkan artikel Bahasa Inggeris, anda boleh dapatkan perkhidmatan di iLancee.com semurah RM20 setiap artikel+kajian keyword.

Langkah 4: Submit Artikel Anda di Direktori Artikel

Selepas anda siap buat artikel di blog anda, jangan lupa untuk submit di direktori artikel. Di bawah ini saya senaraikan beberapa senarai direktori artikel untuk rujukan anda.

  • www.enzinearticle.com
  • www.articledashboard.com
  • www.articlebase.com
  • www.goarticle.com

Untuk artikel ini anda tidak boleh copy and paste tetapi mestilah unik dan belum digunakan di mana-mana di laman web lagi. Jika tidak artikel anda akan ditolak.

Langkah 5: Promosi!

Ini pilihan anda sendiri. Jika anda rajin nak promosi seperti buat blog walking, facebook ads atau adwords terserah kepada anda. Jika anda mahir dalam SEO, ini lagi bagus. Sebab itu anda perlukan sebuah artikel yang unik dan belum digunakan dalam mana-mana laman web lagi untuk google sayang pada artikel anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya saya di sini cukup mudah. Apa-apa saja yang anda ingin buat duit dengan program affiliate, bina blog adalah salah satu kewajipan.

Jika anda serius ingin jana wang affiliate melalui clickbank, saya sarankan untuk anda dapatkan panduan Pemasaran Video yang dibuat oleh saudara Azian Usman.

9,669 total views, 1 views today