Usahawan Ebook | Elektronik book atau nama singkatanya adalah ebook merupakan satu jenis kaedah penyampaian ilmu yang baru samaada secara percuma atau berbayar. Yang berbayar tentu ilmu yang ada di dalamnya adalah premium manakala ebook yang percuma mesti ada muslihat tersendiri seperti mengumpul list dan sebagainya.

Pada hari ini, hampir kesemua rakyat Malaysia sudah dapat menerima kehadiran ebook sebagai mengantikan buku fizikal. Jadi anda tidak perlu berasa risau dan bimbang jika anda teringin menjadi seorang usahawan ebook dengan hasil tulisan sendiri.

Di sini saya sediakan kepada anda beberapa soalan penting yang berkaitan Cara Menjadi Usahawan Ebook supaya anda tahu cara yang sebenarnya.

#1. Siapakah yang layak menulis ebook?

Anda. Ya! Anda semua layak menulis ebook. Anda boleh menulis ebook berdasarkan tiga cara iaitu:

  • Kajian Sendiri (Research)
  • Menemu Duga
  • Pengalaman Sendiri (Paling rekomenkan)

Kajian Sendiri – Bagaimana nak buat ebook berkaitan dengan kajian sendiri? Saya ambil contoh mudah. Anda buat kajian sendiri bagaimana nak mendaftar dengan google adsense dengan cara paling mudah. Jika anda dah dapatkan ilmu tersebut, anda boleh kongsikan ia dalam sebuah ebook yang mungkin anda boleh jual.

Menemuduga – Bagaimana Irfan Khairi buat ebooknya yang bertajuk “Mentor Jutawan“? Jawapannya adalah dengan beliau menemu ramah beberapa orang jutawan dan beliau catat untuk jadikan sebuah ebook. Anda pun boleh buat perkara yang sama.

Pengalaman sendiri – Ini antara yang paling saya rekomenkan. Ini kerana huraian anda menjadi lebih mudah untuk difahami oleh orang lain.

#2. Ilmu saya menjauhi otai internet yang ada. Adakah saya layak menulis ebook?

Ada beberapa jenis kategori ilmu ebook yang saya dapati di pasaran Malaysia iaitu

  • Untuk golongan newbie
  • Untuk golongan pertengahan
  • Untuk golongan advance

Untuk newbie, jika mereka membeli ebook golongan yang advance tentu mereka tidak mengikuti sepenuhnya apa yang di ajarkan. Jadi anda boleh hasilkan satu panduan untuk newbie dan tentunya ebook anda akan laku.

Jangan takut jika ada seseorang mengatakan ebook anda adalah ebook “gula-gula”. Tentu pembeli tersebut ilmunya menjauhi apa yang anda sampaikan dalam ebook tersebut. Tapi bagi orang lain tentu ilmu anda sangat berharga!

#3. Apakah tajuk yang sesuai untuk menulis ebook?

Tajuk ebook anda bergantung kepada anda sendiri. Ebook bukan saja tunjukkan cara buat duit di internet dan sebagainya. Anda mungkin boleh hasilkan ebook tentang masakkan, panduan menghafal al-quran, teknik hafal sifir, ebook tentang percintaan, ebook tentang keagamaan dan sebagainya.

#4. Apakah perkara paling penting dalam menjadi usahawan ebook?

Perkara yang paling penting bagi saya sudah tentunya pemasaran. Hebat bagaimanapun ebook anda tetapi jika tidak tahu cara pemasaran, ia adalah satu usaha yang sia-sia.

#5. Tapi saya malu nak promote ebook sendiri. Bagaimana?

Dalam panduan Cara Menjadi Usahawan Ebook akan membantu selesaikan masalah ini. Anda tidak perlu pun nak ajak ramai yang berJV dengan anda dan sebagainya. Akan menjadi lebih malu lagi jika partner yang anda ajak JV tersebut tidak mahu mempromosi ebook anda.

Dalam panduan tersebut bukan sahaja mengajarkan anda bagaimana nak hasilkan ebook dari A-Z tetapi juga kaedah pemasaran yang secara undeground. Kalau dalam bahasa mudah keadah pemasaran underground ni adalah, hari ini anda hasilkan ebook dalam masa beberapa bulan saja duit penuh dalam bank sedangkan orang terdekat dengan anda tidak perasan ebook tersebut anda yang punya.

Dapatkan Sekarang! >>> Cara Menjadi Usahawan Ebook Underground

Mitos dalam menghasilkan ebook memerlukan ilmu yang cukup sempurna adalah tidak betul. Perkara ini tidak betul sama sekali kerana kesempurnaan itu tidak akan berlaku jika tidak mulakan langkah dari awal. Perbaiki kesempurnaan itu dari semasa ke semasa dan jika anda menjual ebook sentiasa kemaskini ebook anda dengan versi terbaru.

Segala pandangan yang bernas, sila tinggalkan komen di bawah.

258 total views, 2 views today