Pada hari ini jika kita lihat, cara buat duit di internet semakin mudah. Cuma anda perlu pandai ambil peluang untuk cipta satu inovasi anda sendiri bagaimana untuk buat duit di internet.

Jika dahulu ramai yang buat duit dengan blog, adsense, nuffnang dan sebagainya, kini sudah ramai yang cuba satu evolusi baru cara buat duit di internet iaitu dengan mencipta applikasi game untuk smartfon. Ia satu evolusi yang hebat untuk buat duit secara online pada masa kini.

Tentu anda tidak perasan bukan?

Sebagai contoh saya ambil permainan angry bird. Keuntungan bagi applikasi permainan ini telah mencapai USD10,000,000. Ada beberapa lain lagi applikasi permainan smartfon seperti:

  • Doodle Jump = Keuntungan USD 120,000,000
  • Fruit Ninja = Keuntungan USD 20,000,000
  • Flappy Bird = Keuntungan USD 50,000/day

Saya cukup yakin kebanykkan daripada anda semua pernah bermain dengan permainan ini bukan? Tapi pernah tak anda terfikir bagaimana applikasi ini buat duit?

Bagaimana Game Apps Boleh Buat Duit?

Buat duit dengan game apps atau applikasi permainan ini ada tiga cara yang saya tahu iaitu

  1. Letak Iklan Pada Applikasi.
  2. Jual Applikasi.
  3. Jual Point/Mata

Jika anda tidak faham. Biar saya terangkan sedikit di bawah.

Cara 1: Letak iklan pada applikasi

Dengan cara ini, kebanyakkan developer applikasi membenarkan orang ramai install secara percuma sahaja. Walaupun ia percuma, tetapi ia ada makna tersirat di sebaliknya dimana developer ini akan meletakkan iklan di dalam applikasi tersebut. Bayangkan jika sejuta orang yang install applikasi tersebut, jumlah impression pada iklan yang diletakkan di applikasi tersebut adalah sangat tinggi.

Ini cara developer tersebut dapat duit dari iklan.

Cara 2: Jual Applikasi

Ini secara terang-terang, mereka menghasilkan duit dengan menjual applikasi tersebut. Saya yakin ada diantara anda mungkin pernah beli applikasi permainan yang terjual di App Store ataupun PlayStore bukan?

Harga applikasi game ini pula cukup murah dan berbaloi. Setiap satu applikasi permainan yang ditawarkan biasanya diantara USD0.99-USD5. Boleh bayangkan tak jika yang membeli applikasi ini seramai sejuta orang? Berbaloi bukan?

Ini cara yang kedua. Cara yang ketiga?

Cara 3: Jual Point/Mata

Pernah tak anda main applikasi permainan yang mempunyai kutip “coin”, “point”, “life” dan sebagainya?

Kebanykkan applikasi ini juga adalah percuma. Cuma di sebalik tersiratnya pula, mereka akan tawarkan anda untuk membeli “point” untuk menjadikan game anda lebih menarik dan sebagainya. Pernah bukan?

Inilah cara ketiga yang mereka buat duit dengan applikasi game.

Tahukah anda? Candy Crush buat duit dengan cara ketiga iaitu dengan menjual “life” kepada gammers. Mengikut dari sumber yang sahih, pendapatan sehari Candy Crush adalah USD100,000 sehari.

Bagaimana Nak Belajar Membina Applikasi Game Untuk Smartfon?

Jika anda berminat untuk mempelajari bina applikasi game, saya boleh rekomenkan kepada anda satu website online yang boleh anda pelajari cara membina applikasi permainan untuk anda.

Kursus ini adalah kursus online berbayar sebanyak lebih kurang RM150 sekali seumur hidup. Apabila anda menjadi ahli mereka, anda boleh login ke dalam kursus online mereka dan mereka akan berikan anda langkah demi langkah cara untuk membina applikasi permainan ini.

Yang penting support mantap

Jika anda berminat untuk mempelajari cara-cara membina applikasi game, Klik Sini. Ini adalah peluang terbesar anda untuk mempelajari membina applikasi game dan buat duit melaluinya.

Kursus Online Membina Applikasi Game

Semoga anda mendapat info berguna dari artikel ini.

5,713 total views, 1 views today