Semua orang ingin berjaya bukan? Takkan ada manusia yang normal tak nak berjaya dalam hidup dia. Kalau anda ada rasa tak nak berjaya dalam hidup anda, tu tandanya anda bukanlah manusia yang normal. Erti kata lain cepat-cepat pergi jumpa pakar psikitrik. 😀

Pernah saya baca dalam buku seorang otai ni atau jika anda kenal beliau, beliau adalah Aqif Azizan. Siapa tak kenal kan? Kalau anda buat bisnes online ni, anda akan kenal dengan otai ni.

Apa beliau kata dalam buku karangan beliau iaitu “Buat Duit Dengan Freelancee Blogging”

Nak berjaya mesti amalkan konsep D.U.I.T.

Apa tu konsep D.U.I.T?

Konsep D.U.I.T adalah formula mudah untuk anda capai impian anda dalam mana-mana impian sekali pun terutama dalam bidang blogging ni.

D.U.I.T itu adalah…

D – DOA

Berdoa kepada Tuhan sebelum memulakan kerja agar kita dipermudahkan segala urusannya. Sebagai umat islam anda ketahui sendiri betapa pentingnya berdoa ini sebelum memulakan sesuatu kerja.

U – Usaha

Berdoa sahaja tidak cukup. Betul rezeki Allah itu telah tetapkan. Usaha mestilah disertakan sekali. Elakkan diri daripada merungut. Sebaliknya fokus dan berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik.

I – Istiqamah

Bab ini yang ramai gagal. Dah berdoa, dah berusaha tetapi lama kelamaan hilang fokus. Hilang konsisten. Nak berjaya anda hendaklah lakukan secara konsisten sehingga memperoleh hasil yang kita inginkan.

T – Tawakal

Selepas selesai melakukan ketiga-tiga formula di atas, akhir sekali kita sebagai hamba Allah hendaklah bertawakkal di atas apa yang telah kita lakukan. Dan memohon supaya usaha kita selama ini berhasil.

Semoga keempat-empat formula ini mampu untuk kita amalkan. Saya menulis ini adalah untuk jadikan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kepada anda.

Semoga yang baca artikel ini, saya doakan anda berjaya di dunia dan di akhirat. Aminnn…

248 total views, 1 views today