Ntah, samaada anda perasan atau tak, kebelakangan ni saya sering dan banyak terbaca di blog-blog tentang Alibaba.com serta pengasasnya iaitu Jack MA. Apa yang menarik tentang Alibaba.com ni?

Sebelum ini, Alibaba.com juga pernah dianggap scammer kerana kebanykkan penjual atau supplier di sana sering menipu pelanggannya. Tak mengapa. Kita tinggalkan cerita itu. Apa yang saya nak ceritakan di sini bagaimana Alibaba.com bermula dari kosong sehingga menjadi satu ecommerce marketplace yang terkenal di seluruh dunia.

Alibaba.com – Mimpi Jack Ma Jadi Kenyataan

Alibaba didirikan pada tahun 1999 oleh Jack Ma dan 17 rakannya. Ia merupakan tokoh penting di sebalik kejayaan Alibaba, bahkan semacam pemimpin ‘spiritual’ bagi perusahaan ini. Sejak kecil, Jack Ma mempunyai minat yang besar terhadap Bahasa Inggeris dan akhirnya melanjutkan pelajaranya di Hangzhou Teacher’s Institute untuk mendapat gelar sarjana bahasa Inggris.

Sebelum memutuskan untuk mendirikan perusahaan internet, Jack Ma pernah bekerja sebagai guru bahasa Inggris dan membuat perusahaan layanan dalam bidang terjemahan. Meskipun pada masa ini sudah tidak memegang sebagai CEO, Jack Ma masih mempunyai pengawalan pada perusahaan ini dan bertindak sebagai executive chairman.

Dengan Alibaba, Jack Ma kini merupakan salah satu orang paling kaya di China. Ini mengenai serba sedikit mengenai Alibaba.com.

Apa Yang Boleh Dipelajari Daripada Alibaba.com?

Di bawah ini saya sediakan kepada anda satu video pada tahun 1999 di mana Jack Ma mengumpulkan beberapa orang kawannya bermesyurat untuk menubuhkan sebuah ecommerce yang bakal menyaingi ebay iaitu Alibaba.com.

Pengajaran? Anda boleh tentukan sendiri…

406 total views, 1 views today