Dengan kemelesetan ekonomi yang melanda negara Malaysia kini amat membimbangkan semua pihak. Boleh dikatakan hampir setiap barang keperluan harian naik sehingga melebihi 50%. Contohnya minyak masak apabila pihak kerajaan telah menarik balik subsidi minyak untuk orang ramai.

Mungkin harga minyak saja yang naik tidak menjadi masalah. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila harga barang naik secara berantai. Semua produk yang berasaskan minyak masak pun akan turut naik.

Apa jalan terbaik bagi kita semua untuk atasi masalah ini?

Adakah anda mahu terus merungut dan menyalahkan pihak itu ini?

Daripada anda menyalahkan pihak itu ini, apa kata kita cuba ambil masa dan berfikir sejenak bagaimana mahu menaikkan ekonomi keluarga kita.

Bayangkan, dalam poket anda ada RM1000. Apakah jenis perniagaan yang mampu anda lakukan untuk gandakan RM1000 kepada RM5000 atau mungkin menjadi RM10,000 sebulan.

5 Idea Memulakan Bisnes Modal Bawah RM1000

Ini jenis perniagaan yang saya dapat listkan untuk anda jika ingin mulakan modal di bawah RM1000.

#1. Berniaga Burger

Burger adalah satu makanan yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebut saja burger budak umur 5 tahun pun tahu. Jadi, untuk menjual burger di negara kita sudah tidak mustahil lagi.

Burger adalah satu perniagaan yang anda boleh bermula di bawah RM1000.

Apakah bahan-bahan yang anda perlukan untuk berniaga burger?

a. Roti Burger x 5 = RM25
b. Daging Burger x 3 = RM30
c. Sayur-sayuran (Salad, kubis) = RM50
d. Bahan penambah perisa (Ex: Sos, mayonis, kicap perisa ) = RM150
e. Bahan memasak (Majerin, gas)  = RM100

Total semua sekali adalah lebih kurang RM355. Ini adalah anggran kasar untuk anda memulakan burger pada hari pertama. Cukup dengan ini dahulu untuk anda bermula. Dapat idea?

Untuk mulakan bisnes ni, saya syorkan untuk anda bermula di tapak pasar malam atau pasar minggu.

Jika anda ingin mulakan perniagaan burger, boleh baca panduan ini. KLIK SINI.

#2. Bisnes Air Balang

Bestkan bila kita pergi ke bazar ramadhan pada bulan puasa bila lihat air berwarna-warni dalam balang? Setiap warna tu ada pelbagai perisa. Kecur air liur dibuatnya.

Warna kuning mungkin perisa jagung, warna merah perisa tembikai dan sebagainya.

Bisnes air balang juga adalah salah satu bisnes yang boleh anda bermula di bawah RM1000.

Apa yang anda perlukan untuk memulakan bisnes air balang?

a. Balang x 4 (Untuk 4 perisa) = RM500
b. Gula x 5 = RM15
c. Air
d. Bahan-bahan lain = RM300

Total semua adalah lebih kurang RM800 sahaja. Untuk balang, anda mungkin boleh cari yang terpakai. Daripada survey, harga satu balang baru lebih harganya kurang RM150. Jika anda mencari yang terpakai, mungkin dalam sekitar RM50-RM100 sahaja untuk satu balang.

Lagi jimat kos anda bukan?

Untuk mulakan bisnes ni, saya syorkan untuk anda bermula di tapak pasar malam atau pasar minggu.

Jika anda ingin menambah ilmu dalam bisnes air balang, boleh baca panduan di sini. KLIK SINI.

#3. Bisnes Bakeri

Bakeri atau roti adalah jenis makanan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat dan umur. Dengan sifat yang lembut dan mudah dikunyah, ia menjadi kegemaran tidak kira tua atau muda. Bahan yang diperbuat juga adalah bahan-bahan yang mudah untuk didapati di pasar raya.

Jadi, kenapa anda tidak mulakan saja bisnes ni sebagai permulaan?

Mari kita lihat dan buat kira-kira secara kasar apakah bahan yang diperlukan.

a. Tepung x 5 = RM30
b. Telur x 100 biji = RM50
c. Lain-lain bahan = RM300

Eh! Habis tu pengisar tepung dan alatan lain tak perlukan modal ke?

Ok. Macam ni. Apa yang saya beritahu ni adalah dengan mulakan bisnes apa yang ada di tangan. Gunakan saja apa-apa seperti pengisar tepung atau oven yang telah anda ada. Tidak perlu untuk beli baru semua tu.

Jika anda ada saudara mara yang baik hati, boleh pinjam dengan mereka jika anda tiada pengisar tepung atau oven.

Bila bisnes anda sudah semakin naik, belilah peralatan sendiri atau upgrade yang lebih power.

Jika anda ingin menambah ilmu dalam bidang bakeri, boleh baca panduan di sini. KLIK SINI.

#4. Bisnes Ice Blender

Fuhh!

Makanan yang menjadi trend beberapa tahun lalu. Walaupun sudah kurang popular, sebenarnya ice blander masih lagi mampu untuk mendapatkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.

Bisnes ini juga anda boleh bermula di bawah RM1000.

Apakah bahan yang diperlukan?

a. Pengisar Ice x 1 = RM360
b. Perisa x 10 Jenis  = RM100
c. Ice Tongkol/Ice CUbe = RM50
d. Hiasan (Jagung, manik, manisan) = RM200

Total untuk mulakan bisnes ini lebih kurang RM800 sahaja. Ini anggaran kasar yang telah saya buat.

Tempat yang sesuai untuk mulakan bisnes ini adalah depan pasar raya dan depan sekolah.

Pernah saya sembang dengan pengusaha ice blander di mana harga tapak sewa gerainya adalah RM4000/sebulan (tapak dalam pasarraya AEON, Seremban). Jadi, anda boleh bayang berapa yang dia dapat dalam tempoh sebulan untuk bisnes ice blander ni?

#5. Bisnes Servis

Untuk pengetahuan korang, ini adalah bisnes awal-awal yang saya lakukan iaitu bisnes servis. Alhamdulillah. Sampai sekarang, saya tidak pernah meminjam dari mana-mana agensi untuk memulakan bisnes. Hanya bermula apa yang ada di tangan saja.

Contoh servis adalah:

a. Servis menulis
b. Servis design website
c. Servis design banner
d. Servis bina blogspot
e. Servis komen di blog (paling cikai tapi menarik)

Untuk pengetahuan anda, ini semua tidak perlukan modal duit sesenpun.

Ia cuma modal masa dan modal kemahiran anda.

Menarik bukan?

Jika anda ingin buat duit dengan kemahiran yang anda ada, anda boleh layari iLancee.com atau KLIK SINI. Tawarkan apa kemahiran yang anda ada dan jika ada orang berminat mereka akan beli servis anda.

Kesimpulan

Apabila berbicara perihal memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, maka saya akan sentiasa teringat kisah pengasas Boon Siew Honda, mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang telah memulakan perniagaannya dengan membeli 11 unit bas dengan wang simpanannya RM 2, 000. Bas ini kemudiannya dibaikinya sendiri dan dijual dengan harga RM 12, 000 setiap satu. Begitu juga dengan tokoh usahawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang memulakan perniagaan jual beli lembu dan kerbau seawal usia 19 tahun dengan hanya berbekalkan modal yang sangat kecil.

Nasihat saya, sekiranya modal kecil yang anda ada, maka mulakan dengan bisnes kecil. Pilih bisnes yang sesuai dengan diri anda. Jadilah seorang yang komited agar permulaan yang kecil ini boleh menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya.

7,486 total views, 53 views today