Teringat lagi masa saya mula-mula blogging dulu pada awal Januari 2013 di mana saya beli nama domain pertama saya FaizAlias.com di SempoiHosting. Masa tu saya baru nak mula berjinak dengan dunia bisnes dan saya gunakan duit PTPTN saya untuk beli nama domain tersebut.

Ya! Masa tu saya betul-betul semangat dan berazam untuk jana duit dengan blog. Dan alhamdulillah saya berjaya mengutip lebih RM10k dalam tempoh 1 tahun dengan blogging. Bermacam-macam saya buat dalam blog tu seperti buat affiliate, promote ebook sendiri, jual ebook PLR, promote servis sendiri dan sebagainya. Hasil dari blog tersebut, saya berjaya mengutip sejumlah tersebut.

10 Nasihat Untuk Blogger

Jadi apa nasihat untuk blogger untuk jana duit melalui blog?

Nasihat 1: Rancang sebelum Blogging

Perkara pertama yang perlu anda buat sebelum terlibat dalam dunia blogging adalah, anda perlu rancang terlebih dahulu apa yang anda nak buat dengan blog. Apa nama domain yang sesuai, apa isi kandungan nak ditulis nanti. Ini semua penting untuk pastikan anda tidak berblogging separuh jalan.

Nasihat 2: Buat Kerana Minat, Bukan Kerana Duit

Dalam dunia blogging, minat adalah nombor satu. Anda mesti ada minat untuk blogging. Kerana minat, saya yakin blog anda tidak akan terbengkalai dan buat kerja separuh jalan. Dari minat blogging itulah anda akan mendapat hasil seperti ramai yang mengenali anda dan secara tidak langsung anda juga boleh jana duit dengan blog.

Ingat pesan saya. Buat blog kerana minat dan bukan kerana duit. Jika anda niat kerana duit anda akan pasti kecewa. Jika anda buat kerana minat, anda akan dapat hasil dari blog.

Nasihat 3: Sentiasa Membaca Untuk Hasilkan Idea Menulis

Anda juga hendaklah sentiasa rajin membaca atau paling malas pun cuba lawat blog orang lain dan baca entri mereka. Dari situ anda akan dapat idea apa yang ingin ditulis. Tulis saja dalam blog anda apa yang anda ingin tulis.

Selain itu juga, dengan sentiasa membaca, gaya penulisan anda akan lebih nampak santai dan lebih menarik.

 

Nasihat 4: Tulis Artikel Memberi Manfaat Untuk Orang Lain

Pastikan hasil tulisan anda tersebut tidak memberi manfaat untuk anda seorang sahaja. Artikel anda mesti ada input juga untuk orang lain.

Contohnya anda ingin menulis tentang anda melancong ke Paris. Dalam artikel anda tersebut, anda masukkanlah di mana hotel yang paling best, mana makanan tempat yang halal di sana dan sebagainya. Barulah artikel anda ada input untuk orang lain.

Nasihat 5: Pandai Bahagikan Masa

Sebagai seorang blogger, masa adalah sangat penting. Tak ada gunaya anda menjadi seorang blogger tetapi anda tidak ada masa nak buat aktiviti lain seperti bersama dengan orang tersayang, beriadhah dan sebagainya.

Sebagai seorang blogger, sepatutnya kita enjoy dengan hidup ini. Bukan menjadi seorang blogger menjadi semakin tertekan dengan waktu. Jika anda tidak pandai bahagi masa, bina jadual anda sekarang.

Nasihat 6: Sabar dan Konsisten

Untuk menjadi seorang blogger yang mampu hasilkan duit dengan blog, anda hendaklah sentiasa sabar dan konsisten dalam menulis. Mungkin awal-awal anda berblogging anda menulis sampai lima artikel sehari. Namun lama kelamaan, anda hanya mampu untuk tulis artikel sekali sahaja sebulan. Ini tidak patutnya terjadi jika anda ingin buat duit dengan blog.

Nasihat 7: Tulis Artikel Sendiri, Bukan Copy and Paste

Style yang ni saya banyak tengok kepada mereka yang main adsense. Main copy and paste saja artikel. Bagi saya, mereka buat blog copy and paste ni tidak layak untuk dipanggil sebagai seorang blogger. Jika mereka betul-betul blogger, artikel mestilah 100% dari hasil sendiri.

Teknik copy and paste mungkin boleh jimat masa anda, tetapi anda tidak akan dapat nikmati nikmat sebenar sebagai seorang blogger yang hasilkan artikel sendiri 100% dan dapat hasil melaluinya.

Nasihat 8: Rajin Melawat Blogger Yang Dah Berjaya

Teknik ini saya selalu guna untuk ambil aura daripada mereka. Belajar dari mereka secara senyap bagaimana mereka hasilkan duit dengan blog. Walaupun saya jarang tinggalkan komen di blog yang saya lawat, tetapi saya selalu ambil aura daripada mereka.

Blogger yang berjaya sebenarnya adalah blogger yang mampu bina network sendiri. Contoh blogger yang saya kagumi adalah Denaihati Network di mana mereka mempunyai jaringan Network yang besar. Kelebihanyanya banyak. Salah satunya, anda mudah nak bina bisnes nanti.

Nasihat 9: Belajar Asas SEO

Nak jadi seorang blogger, anda perlulah belajar SEO. Belajarlah asas SEO pun jadilah. Jangan tak belajar langsung kerana salah satu perkara wajib untuk seorang blogger adalah “Apa itu SEO dan bagaimana nak buat SEO”

Nasihat 10: Jadilah Diri Sendiri, Tak Perlu Jadi Orang Lain

Apa maksud saya di sini? Maksud saya, anda tulislah blog dengan gaya dan bahasa tersendiri. Tak perlu ikut gaya bahasa blogger yang lain. Jadi diri sendiri semasa menaip artikel, artikel lebih sedap untuk dibaca dan mudah untuk difahami.

Ini sahaja nasihat yang mampu saya coretkan untuk anda semua. Kepada anda yang ingin menceburi dalam bidang blogging, boleh lihat panduan buat duit blog.

Semoga bermanfaat.

367 total views, 4 views today