Contest iLancee Berjumlah RM2800

107

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah saya mulakan entri ini supaya apa yang saya cuba sampaikan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada pertama kalinya saya buat contest adalah pada tahun 2014 dan pada masa tu bajet yang boleh saya buat adalah RM700 sahaja. Namun pada kali ini, saya ingin adakan pula contest dan saya telah up bajet saya sebanyak 4 kali ganda iaitu RM2800 semuanya.

Apakah contest saya pada kali ini?

Contest hampir sama dengan dengan contest sebelum ini tetapi ada beberapa penambahan.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini kami telah bangunkan web iLancee iaitu web jual beli servis. Siapa yang ada kemahiran dalam hasilkan servis boleh jana pendapatan di web ini.  Target market untuk website ini adalah 4 buah negara utama iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Namun ada beberapa masalah yang kami hadapi dalam membangunkan web tersebut dalam tempoh 2 tahun (2014-2016) sehingga kami terpaksa menutup web tersebut sebanyak 2 kali sebelum kami bangkit kembali.

Ouh ya. Sebelum saya cerita dengan lebih jauh tentang contest ini, saya ingin menjemput anda untuk baca kisah kami dalam bangunkan web iLancee ini. Klik Sini untuk baca.

Dah baca kisah kami tersebut? Berbalik kembali pada contest ini.

Contest iLancee.com Bernilai RM2800

Baiklah. Dalam contest ini saya ada buat 3 kategori supaya anda ada peluang lebih untuk memenangi contest ini. Jadi, ada tiga (3) kategori:

  1. Kategori SEO – Untuk mengasah skill SEO anda
  2. Kategori Artikel Terbaik – Untuk mengasah kretiviti anda
  3. Kategori Komen Paling Banyak – Hadiah Bonus

Contest ini akan berlangsung dari 7/Januari/2017 sehingga 7/Mac/2017 iaitu selama dua bulan.

Tarikh terakhir hantar artikel adalah pada 1/Mac/2017 iaitu seminggu sebelum tamat contest.

Para pemenang akan diumumkan pada 11/Mac/2017 bersempena dengan tarikh lahir saya.

Hadiah Berupa Wang Tunai

Sebelum saya ceritakan syarat-syaratnya, saya ingin umumkan hadiahnya terlebih dahulu supaya anda lebih bersemangat untuk membaca perkara seterusnya.

Kategori Artikel Terbaik
Tempat Pertama
1 x Wang tunai RM 400

Tempat Kedua
1 x Wang tunai RM 300

Tempat Ketiga
1 x Wang tunai RM 200

Tempat Ke Empat
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Lima
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Enam
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Tujuh
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Lapan
1 x Wang tunai RM 50

###################

Kategori SEO
Tempat Pertama
1 x Wang tunai RM 500

Tempat Kedua
1 x Wang tunai RM 350

Tempat Ketiga
1 x Wang tunai RM 250

Tempat Ke Empat
1 x Wang tunai RM 150

Tempat Ke Lima
1 x Wang tunai RM 100

Tempat Ke Enam
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Tujuh
1 x Wang tunai RM 50

Tempat Ke Lapan
1 x Wang tunai RM 50

###################

Kategori Komen Terbanyak!

1 x Wang tunai RM 100

Jumlah kesemua hadiah ini adalah sebanyak RM2800.

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua rakan bloggers di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

2. Anda boleh menulis seberapa banyak entri yang anda mahukan dengan hanya menggunakan satu (1) kata kunci/tajuk. Lebih banyak entri anda tulis lebih banyak peluang untuk anda menang.

Kata kunci/tajuk adalah seperti berikut:

“Kerja Dari Rumah Dengan iLancee”

Kata kunci ini mudah diserap SERP kerana keyword yang kurang persaingan. Hanya menjadi persaingan di kalangan yang menyertai contest sahaja.

3. Walaupun anda join menggunakan banyak blog, banyak entri, tetapi hanya salah satu terbaik sahaja akan dipilih.

4. Panjang entri contest haruslah lebih dari 350 perkataan.

5. Isi kandungan entri penyertaan anda perlu merangkumi

  • Tuliskan tentang kelebihan iLancee
  • Tuliskan fungsi iLancee kepada pengguna
  • Lain-lain tambahan ikut suka anda.

6. Cara Pilih Pemenang

  • Untuk Kategori SEO akan ditentukan melalui google.com.my dengan kata kunci  “Kerja Dari Rumah Dengan iLancee”
  • Untuk Kategori artikel terbaik akan ditentukan oleh pihak penganjur sendiri.
  • Untuk kategori komen paling banyak akan ditentukan oleh blog siapa paling banyak komen untuk contest ini.

7. Wajib letak gambar di bawah dalam artikel anda.

8. Wajib untuk daftar akaun di iLancee.com supaya anda tahu fungsinya untuk hasilkan artikel.

9. Di akhir artikel anda, wajib letakkan penaja.

Copy Di bawah dan letakkan pada akhir artikel anda.

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju TrackingInfobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas

10. Tidak boleh menggunakan nama domain iLancee. Contohnya ilancee.blogspot.com, contestilancee.blogspot.com, contestblogspot.com dan sebagainya.

11. Sekiranya sudi, like fanpage iLancee

Syarat Menjadi Penaja

  1. Sekiranya ada yang berminat menjadi penaja sangat dialu-alukan.
  2. Penaja dibenarkan menyertai Contest ini.
  3. Penajaan yang diterima adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM50.
  4. Tarikh tutup sebagai penajaan pada 10 Febuari 2017.
  5. Link penaja akan dimasukkan disetiap entri peserta.

Hantar Contest

Untuk hantar contest, anda perlu hantar di sini.

Harapan

Saya berharap agar ramai yang sudi join contest ini dan insyaAllah jika mendapat sambutan banyak pada contest ni, mungkin saya akan adakan lagi contest seperti ini di lain masa.

Saya juga mengalu-alukan kepada anda sekiranya sudi untuk uar-uarkan contest ini kepada blogger-blogger yang lain.

Rujukan Contest

Rujukan ini boleh membantu anda hasilkan idea artikel.

1. Tentang iLancee – Klik sini

2. Fungsi iLancee – Klik sini

3. Terma dan Syarat – Klik sini

Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan jika tidak memenuhi ciri2 di atas.

Berharap anda sentiasa lawati page ini jika ada update sepanjang contest ini berlangsung.

Jika ada sebarang komen dan soalan pada contest ini, boleh terus komen di bawah. Soalan dan komen anda akan dijawab dengan kadar segera. 🙂

Semoga Maju Jaya!

3,308 total views, 5 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

107 Comments

  1. Wahh…mesti geng pakar seo turun contest nie…budak mentah macam saya nie mesti kelaut punya… 🙂

    Dapat memeriahkan suasana contest pon jadi laa kan… 🙂

  2. Yeah … cabaran untuk test keupayaan SEO blog untuk tahun baru 2017. In Sha Allah, saya nak cuba juga masuk bertanding. Harap taring lama masih berbisa. Ramai pakar SEO dah sekarang ni termasuk newbie.
    ..
    Dulu pernah menang Contest iLancee .. dan baru2 ni menang saguhati untuk satu kontest SEO yang lain.
    hasrul hassan telah update artikel…Car Boot Sale di Bandar Baharu KedahMy Profile

  3. Salam sejahtera… Contest ini agak menarik. Kalau punya kesempatan, saya akan sertai contest ini juga. Salam perkenalan daripada saya -newbie dalam dunia blog. Mohon tunjuk ajar daripada kalian semuanya.

    Salam hormat dan Happy Chinese New Year 2017.

    • tuan… tidak boleh guna blog macam ni untuk join contest iLancee… Tuan perlu guna blog sediaada…dan domain tak boleh mengandungi nama iLacee….harap maaf… nanti ramai akan pertikaikan…

      • Tak boleh rupanya…. 🙂 nama domain jek tuan…domain pon baru jek..bukan 3 4 tahun punya domain… 🙂

        Takpelah…anggap sahaja bukan rezeki… 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge