Siapa Nak Tempah Buat Website? Jom Ke SM Creative Studio

4

Alhamdulillah.

Setelah sekian lama saya tidak menjenguk dan update blog ni, akhirnya dapat juga menulis malam ni.

Terima kasih kepada yang masih komen dalam blog ini walaupun saya sudah tidak update hampir dua bulan.

Dua bulan?

Sebenarnya apa yang saya buat sehingga hampir dua bulan lebih tidak update blog? Dah pecen blog ke? Tak dapat hasil lagi dari blog?

Sebenarnya saya bukan pecen bidang blogging. Malah jiwa blogging dalam diri saya masih lagi menebal. Cuma saya sekarang tidak sempat masa untuk update blog kerana sibuk dengan tempahan website dan servis-servis yang lain lagi.

Semua ini saya hanya lakukan secara online sahaja.

Bila sebut tentang website, siapa di sini masih belum ada website lagi?

Dalam satu webinar yang saya dengar, jika anda seorang peniaga online tidak kira apa sekalipun yang anda jual tetapi masih lagi tidak ada website sendiri, ibarat anda terlepas satu peluang yang sangat besar. Dalam dunia maya, website adalah ibarat kedai kita.

Tak ada kedai macam mana nak menjual kan?

Betul ramai yang kata facebook ada, Instagram ada dan bermacam-macam lagi. Tapi anda yakin ke bahawa platform tersebut boleh kekal lama?

Ramai juga yang salah anggap perkara-perkara sebegini. Sebenarnya Facebook, Instagram dan sebagainya bukanlah tapak kedai untuk apa yang kita jual tetapi ia tapak iklan sahaja.

Tidak mengapa. Saya tidak mahu menyentuh di sini tentang kelebihan website. Mungkin saya akan buka topik lain untuk menyentuh kelebihan yang anda perolehi jika ada website sendiri.

Baiklah, ini saja kot yang saya nak kongsikan kali ini. Sebenarnya ni pun saya curi-curi tulis. Di bawah ni contoh website yang baru saja saya siapkan.

ainasar-holdings

Untuk lihat lebih jelas web di atas, anda boleh ke www.ainasarholdings.com

Baiklah. Saya nak sambung beberapa lagi job yang berbaki.

Jika anda ingin buat webiste, boleh ke laman web SM Creative Studio

1,056 total views, 5 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge