Buat Pengembaraan Baru di Pulau Pinang

4

Jika anda fikir anda mempunyai kebolehan untuk keluar dan melihat dunia, sebenarnya terdapat banyak destinasi di seluruh dunia yang dikunjungi oleh orang ramai.  Malah, sesetengah individu merasa selesa untuk pergi ke tempat yang pernah mereka kunjungi dan pergi ke tempat-tempat  bersejarah seperti New York City, Rome, Paris dan Beijing.

Namun, sekiranya anda ingin melihat suatu tempat khusus yang kurang dikunjungi, cubalah menyewa untuk suatu tempoh yang singkat di Pulau Pinang sebagai tempat tinggal sementara anda.  Pastikan anda juga mencuba dan pergi ke semua tempat-tempat menarik yang tidak boleh dijumpai di tempat lain di dunia ini.

Apa Yang Menariknya Di Pulau Pinang Ini

 Penjaja Makanan Yang Terkenal

penjaja makanan

Menurut Tourism Penang, salah satu perkara menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah mengunjungi penjaja makanan dan mencuba merasai makanan yang enak.  Ia pasti akan membuatkan anda gembira walau daripada negara mana pun anda berasal.

Penjaja makanan bukan sahaja tempat untuk menikmati makanan tetapi ia juga adalah tempat untuk bersuka-ria, tempat untuk dikunjungi dengan rakan taulan, dan juga tempat untuk meraikan keaslian budaya dan makanan daripada setiap pelusuk Asia.

Orang ramai berkumpul di kawasan Penjaja Makanan untuk makan, dan juga untuk menghabiskan masa dengan menikmati suatu suasana yang amat berbeza.

Satu perkara yang pasti ialah selagi anda boleh menikmati makanan yang enak yang dihidangkan dengan kadar segera, anda juga pasti akan menikmati pengalaman ini yang lain dari yang lain.

Bukit Bendera yang Bersejarah

Bukit BenderaBila seseorang melancong, mereka juga mesti mencari kedai, restauran dan tempat yang menarik untuk dilawati.  Bila anda melancong di sini, anda bukan sahaja dapat semua itu tetapi anda boleh mendapatnya semua sekali gus sekiranya anda kebetulan berada di sekitar Bukit Bendera yang bersejarah ini.

Sekarang, anda boleh merasa keaslian budaya yang sebenar di Bukit Bendera ini tetapi dengan begitu banyak perkara untuk dilakukan. Secara tidak sedar, anda boleh menghabiskan masa berjam malah berhari-hari di sini.

Apabila anda memilih tempat tinggal ketika melancong di Bukit Bendera, anda semestinya meneliti suatu tempat yang hampir dengan Bukit Bendera.  Dengan segala keterujaan, aktiviti yang boleh dilakukan dan aktiviti jual-beli yang ada, anda pasti boleh memenuhi masa bercuti atau perjalanan anda dengan penuh bermakna.

Oleh sebab itu, anda harus melihat hartanah yang ada di Pulau Pinang di PropertyGuru Malaysia untuk mencari potensi tempat tinggal terbaik untuk disewa atau penginapan untuk pengembaraan anda.

Pasar Lambak

pasar lambakTidak sempurna pelancongan anda tanpa membawa balik cenderahati.   Itulah sebab itu kenapa anda perlu pergi melihat kedai-kedai yang tidak terkira banyaknya dan terutamanya pasar lambak yang banyak terdapat di sekitarnya.

Selain daripada itu, mereka juga menyediakan pilihan karya seni yang amat banyak, pakaian, makanan dan juga barangan lain yang mungkin tidak boleh didapati di tempat lain di dunia ini.  Seperti pencarian harta karun, anda boleh membeli dan menjumpai sesuatu yang baru dengan begitu banyak barangan yang boleh anda jumpai. Ia mungkin menjadi satu aktiviti yang paling menyeronokkan dan juga paling bermakna yang boleh anda lakukan sementara anda di Pulau Pinang.

Pantai Batu Ferringhi

batu feringgiSeperti yang dikatakan oleh Penang Vacations, salah satu tempat yang paling menarik untuk dilawati sementara di sini ialah pantai Batu Ferringhi.

Sesiapa sahaja yang minat melancong semestinya suka dengan idea untuk menghabiskan masa di pantai dan berjemur di bawah cahaya matahari, tetapi ada lebih banyak lagi peluang untuk menghabiskan masa dengan tempat-tempat yang menarik yang paling mengujakan dan menyeronokkan di Batu Ferringhi. Sebenarnya ada lebih banyak aktiviti-aktiviti yang pelancong tidak tahu.

Selain daripada pantainya, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan pada siang dan malam hari.  Ini sudah semestinya kawasan yang menarik untuk anda lawati berulang kali.  Samada anda cuma mahu bersantai di pantai, menikmati air laut dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang akan memberikan anda pengalaman yang sungguh hebat.

Mana-mana percutian pun boleh menjadi satu pengalaman yang hebat jika anda melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik yang tidak pernah anda lakukan pun sebelum ini.

Satu persoalan, selama anda hidup ni kenapa tidak pernah sampai ke sana lagi?

793 total views, 4 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge