Cara Tukarkan Web Non-Mobile Friendly kepada Mobile Friendly

13

Cara Mudah Buat Blog Mobile Friendly Untuk Design Tidak Responsif | Sekarang ini (sejak 21 April 2015 yang lalu) google sudah mula mengutamakan blog-blog atau website-website yang mesra mobile untuk berada di rangkin utama dalam google.

Untuk semak blog atau website anda samaada mesra mobile atau tidak, anda boleh gunakan tools percuma yang disediakan oleh google. Untuk cek, anda klik sini.

Jika blog anda masih lagi tidak mesra mobile bermula tarikh 21 April 2015 yang lalu, anda boleh lihat blog anda akan menurun rangkin di carian enjin google.

Bagi anda yang pernah terinstall tema blog yang tidak mesra mobile sebelum ini, tentu anda berasa susah gelisah kan? Nak tukar tema sayang sebab dah bertahun-tahun guna.

Nak beli tema baru pula mungkin harga dalam USD49-USD60 setiap satu. Delima terus menerus menerpa anda. Jadi bagaimana anda nak buat ni?

Cara Mudah Buat Blog Mobile Friendly Untuk Design Tidak Responsif

#1. Untuk Blogger.com

Untuk pengguna blogger, sebenarnya pihak google telah menambah fungsi iaitu untuk jadikan tema blog anda responsif atau mesra mobile.

Caranya, anda login saja ke dashboard blogger anda dan klik pada menu “template”. Kemudian anda boleh lihat gambar seperti di bawah ni.

blogger mobile responsif

Buat setting di sini untuk jadikan blog anda mobile friendly.

#2. Untuk WordPress.org

Untuk wordpress ni, anda boleh gunakan plugin dari WPTouch.

Di bawah ni contoh yang saya gunakan plugin ini dalam salah satu blog saya di mana tema blog tersebut tidak mesra smartfon. Nampak cantik kan?

faizalias mobile friendly

Dengan menggunakan plugin ini, anda tidak perlu risau lagi dengan tema blog anda yang tidak mobile friendly. Walaupun tema yang anda gunakan sekarang tidak mobile friendly, anda boleh teruskan guna tema tersebut dan anda hanya perlu install sahaja plugin ini.

Untuk cara setting di sini saya tidak tunjukkan kepada anda. Jika anda nak lebih detail untuk setting boleh lihat documentationnya.

Sebenarnya plugin ini juga anda boleh dapatkan dalam versi berbayar di mana plugin yang berbayar ni anda boleh setting lebih banyak perkara lagi.

Namun begitu, anda boleh guna sahaja yang percuma di mana ia sudah mencukupi untuk menjadikan blog anda sebagai mobile friendly.

663 total views, 2 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

13 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge