iLancee Buka Kembali Program Pay Per Lead (PPL)

10

iLancee Buka Kembali Program Pay Per Lead (PPL) | Ok. Hampir enam bulan saya telah menggunakan kuasa veto yang saya ada untuk tutup program PPL iLancee.

Ini kerana banyak sangat fraud atau penipuan yang berlaku. Ada yang sanggup daftar berulang-ulang kali sehingga mencecah puluh-puluh ringgit. Mana tak ruginya saya kalau benda ni berlaku.

Nak hilangkan pening kepala tentang kejadian tersebut, saya pun terpaksa tutup program PPL ini. Sekarang ia sudah hampir enam bulan saya tutup untuk PPL.

iLancee Buka Kembali Program Pay Per Lead (PPL)

Kali ini saya telah membukanya kembali untuk program PPL iLancee ni. Tetapi security tambahan telah ditambah seperti pengesanan IP address jika ada penipuan berlaku. Ini akan memudahkan kerja saya untuk lihat siapa yang tipu atau tidak. Jika ada IP address yang sama tu bermaksud ada la penipuan tersebut.

Ok. Saya nak ceritakan semula di sini bagaimana PPL iLancee ni berfungsi dan apa syarat-syaratnya.

  1. Setiap yang berdaftar di bawah link anda, anda layak untuk menapat RM0.50 sahaja.
  2. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam baki akaun anda di iLancee.com.
  3. Duit tersebut layak untuk membeli mana-mana servis atau gig yang ada di iLancee.com sahaja.
  4. Duit hasil PPL tidak boleh claim ke dalam akaun bank anda.

Di Mana Nak Dapat Link PPL?

Untuk dapatkan link PPL, anda perlu dahulu mendaftar dahulu sebagai ahli iLancee.com. Percuma sahaja (Daftar Sini)

Jika anda sudah ada akaun iLancee, login saja ke akaun tersebut dan hoverkan tetikus anda pada menu Profile. Kemudian ada drop down dan anda akan lihat “Referral”. Klik.

cara dapat link ppl ilancee

Kemudian anda akan dibawakan ke halaman page seperti di bawah.

link ppl ilancee

Sila gunakan link berwarna merah tersebut untuk promosikan. Setiap yang berdaftar menggunakan link tersebut, anda layak mendapat RM0.50.

Kepada anda yang telah menyertai program PPL dan ditulis di dalam blog sebelum ini, sila tukar link anda sekarang juga kerana ianya sudah tidak lagi relevan kerana iLancee sudahpun bertukar versi yang baru.

1,202 total views, 4 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

10 Comments

  1. Wokeh…sebelum nak join, saya nak bgtau encik ahmad faiz dulu ya…

    1 – saya orang biasa2 jek…masuk bertanding tak penah menang pon…
    2 – Promosi produk affiliate pon suam2 kuku jek
    3 – Pernah untuk buat servis di ilancee, tp ditolak mentah2 tak tahu atas faktor apa…sekuriti kot.. 😀
    4 – Suka nak berkawan dengan org2 pakar macam encik ahmad faiz nie…tunjuk ajar ku sifu ya!

    InshaAllah kalo kelayakan saya diterima, saya ingat nak turut serta laa dalam PPL ini… 🙂

    p/s: Tp bila scroll ke atas balik tgk no 4 punya rules, saya pon senyum jek…ingat kalo dapat 2 3 puluh dari PPL nie dapat gak kaver2 beli susu anak ker…pampers ibu dan anak ker… 😀
    si bongkok telah update artikel…Betul Ke Orang Cakap Bisnes MLM XYZ Meragukan Tolong Explain SketMy Profile

Leave A Reply

CommentLuv badge