Senarai Plugin Perkongsian Media Sosial Terbaik Untuk WordPress

0

Media sosial adalah sesuatu kelaziman bagi saya sebagai pemasar internet. Bila disebut mengenai media sosial, ia sudah tentunya tempat berkumpulnya orang ramai. Bila ia tempat berkumpulnya orang ramai, di situlah berkumpulnya duit. Itu secara teorinya.

Sebab utama kenapa sesebuah website atau blog memerlukan media sosial sharing adalah kerana ia mampu untuk menghasilkan banyak traffik ke blog atau website anda. Menurut kajian statistik penggunaan media sosial:

  • Google+ mempunyai pelawat 1203 juta pelawat pada setiap bulan
  • 52% pemasar internet mendapat pelanggan dari facebook dan 35% melalui twitter
  • Hanya 50% pengguna facebook yang aktif
  • Pintrest adalah rangkaian sosial yang bergerak pantas

Dan ada beberapa lagi fakta yang menarik. Jika anda mempunyai blog dan tidak meletakkan butang sharing media sosial ini dalam blog tersebut, anda akan melepaskan bilangan traffik dan juga “wang”.

Pada kali ini saya cuba berkongsikan kepada anda beberapa plugin yang terbaik yang pernah saya guna pada website sendiri dan juga blog untuk meningkatkan trafik dan tidak menganggu kelajuan website.

#1. Floating Media Sosial

Floating Media Sosial ini menyokong lima jenis media sosial yang utama seperti Google+, Twitter, Linkedln, Facebook dan juga Pintrest.

floating-social-bar

Antara ciri yang menarik pada plugin ini adalah, ia tidak melambatkan loading blog anda dan juga ia akan sentiasa menunjukkan butang perkongsian ini walaupun pelawat scroll down ke bawah dalam blog anda. Sebab itu ia dipanggil floating.

floating-social-bar-buttons

#2. Shareaholic

Dalam kalangan blogger ia dikenali sebagai Sexy Bookmark yang di ambil dari kata slogannya “Sharing is Sexy”. Ini antara plugin terawal saya gunakan masa berblogging dahulu.

Shareaholic mempunyai pelbagai layout, style, tema dan juga counter. Dengan menggunakan shareaholic ini, ia menyediakan aktiviti perkongsian anda dan memaparkan kandungan yang berkaitan di setiap artikel.

shareaholic

#3. Social Sharing by Danny

Jika anda mencari sesuatu yang basic dan simple, Social Sharing by Danny adalah plugin terbaik untuk anda. Plugin ini menyokong media sosial seperti Twitter, Facebook dan Google+. Saiz butangnya pula adalah 16 × 16 atau 32 × 32 px. Ia cukup ringkas kemas dan menarik.

social-sharing-by-danny

#4. AddThis

AddThis adalah antara plugin perkongsian media sosial yang paling popular dan banyak saya dapati.

AddThis menawarkan servis percuma dan berbayar. Untuk berbayar, anda perlu bayar sebanyak USD12 sebulan. Pastinya yang berbayar ia mempunyai banyak kelebihan.

Samaada berbayar atau percuma, ia mempunyai analisis data di mana anda boleh lihat dan kaji pada artikel mana paling banyak mendapat sambutan. Ini lebih senang untuk anda medapatkan kata kunci yang lebih kuat lagi untuk artikel tersebut. Kalau anda bijak, artikel anda yang paling laku akan senang nak buat duit.

Untuk menggunakan plugin ini, anda mesti menftar di laman web rasminya AddThis. Gunakan yang percuma dahulu.

addthis

#5. ShareThis

Dilancarkan pada tahun 2005, ShareThis telah menjadi plugin utama dalam perkongsian media sosial selama beberapa tahun. WordPress plugin menawarkan pelbagai ikon media sosial kecil dan besar dan reka bentuk. Pelawat boleh kongsikan artikel anda melebihi satu ratus dua puluh media sosial.

Laporan analisis juga akan disediakan dan terdapat satu ciri yang dipanggil CopyNShare yang membolehkan anda mengesan apabila pelawat copy and paste url artikel anda.

sharethis

Oklah. Setakat itu sahaja perkongsian daripada saya. Anda boleh tentukan dan pilih perkongsian plugin modia sosial yang manakah paling menarik bagi anda.

Ada nak tambah plugin yang pernah anda gunakan?

Tinggalkan komen di bawah.

Gambar: Flickr

943 total views, 4 views today

Share.

About Author

Seorang blogger, usahawan dan pengasas web iLancee.com dan SeriusMedia.com. Memulakan perniagaan internet pada Julai 2012 sebagai seorang pembangun website/freelancer dan jual t-shirt printing. Beliau suka menulis blog dan berkongsi ilmu tapi tak suka bawang mentah.

Leave A Reply

CommentLuv badge