Ramai yang ingin menjadi blogger  sebagai kerjaya tetapi tidak ramai dan tidak sanggup untuk bersusah payah dahulu. Sebab itu mengapa banyak blogger-blogger baru tewas tak sampai pertegahan jalan pun.

Selalu juga saya di hujani dengan pelbagai soalan. Antara soalan yang selalu saya terima.

  • Bagaimana nak buat duit dengan blog?
  • Saya dah ada blog tapi bagaimana duit tu datang?
  • Boleh ke blog free buat duit?
  • Duit blog tu dengan affiliate ke?

Dan bermacam-macam lagi soalan.

Sekali lagi saya tekankan di sini. Buat duit dengan blog merangkumi banyak perkara. Asalkan duit tu datang dari blog, ia sudah dikira buat duit dengan blog. Sebagai contoh. Dalam blog, anda menjual servis, barang, affiliate dan sebagainya. Kiranya blog ni adalah medium untuk anda marketing sahaja.

Bagaimana nak hasilkan sebuah blog bertahan lebih lama dan boleh hasilkan duit melalui blog?

Di sini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tips untuk yang boleh anda gunakan. Ini pandagan peribadi saya sendiri.

1. Gaya Penulisan

Gaya menulis adalah salah satu tarikkan minat orang terhadap blog anda. Bagaimana gaya penyampaiaan anda dalam menulis blog itu tidak penting. Asalkan apa yang orang baca dapat difahami oleh orang ramai.

Ada gaya menulis secara spontan. Ada gaya menulis secara formal. Biasanya golongan muda lebih berminat membaca blog bergaya spontan berbading formal. Apa yang penting, setiap artikel hendaklah menulis dengan gaya yang sama.

Anda rasa-rasa saya menulis gaya apa?

2. Menulis Topik Yang Diminati

Memilih topik dalam sesebuah penulisan blog adalah sangat penting. Ini adalah untuk mengekalkan momentum semangat anda untuk sentiasa mengemaskini blog. Jika anda memilih topik blog yang anda tidak minati, lambat laun blog anda akan bersarang. Kes ini pernah terjadi kepada diri saya sendiri.

Topik apa yang selalu boleh buat duit dengan blog?

Tulis apa-apa saja topik yang anda minat. Ia tidak kisah. Apa yang penting, perkongsian anda itu membawa manfaat.

3. Menjawab Komen Pelawat

Jangan sia-siakan setiap pelawat yang komen ke blog anda. Walaupun ia nampak perkara kecil, sebenarnya anda tidak nampak kerana tidak bertentang mata. Menjawab komen pelawat boleh membina hubungan dengan pelawat blog anda. Kesannya, mereka akan melawat blog anda lagi di lain waktu.

Jangan tak jawab komen sebab boleh menyinggung perasaan mereka.

4. Guna Domain dan Hosting Sendiri

Anda serius nak buat duit dengan blog? Laburkan pelaburan anda yang pertama dengan membeli hosting dan domain sendiri. ia cukup penting dari mengelakkan blog anda hilang tanpa notis.

Memiliki domain dan hosting ibarat mempunyai rumah anda sendiri. Anda boleh buat apa saja yang anda suka. Tapi perlu ingat. Risiko untuk hilang tu ada. Tetapi risikonya terlalu kecil.

Cara nak memilih domain dan hosting, boleh baca di sini.

5. Mengumpul Senarai eMail

Bagi saya adalah sangat malang bagi anda yang berblogging tetapi tidak mengumpul senarai email dari kalangan pembaca. Bukan untuk tujuan marketing sahaja tetapi untuk memberikan “notifikasi” kepada mereka setiap kali ada update terbaru di blog anda.

Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Untuk mengumpul senarai eMail yang percuma seperti widget Subscriber RSS, saya akan tulis dalam artikel yang lain.

Cara berbayar pula, saya menggunakan khidmat dari AWeber. Saya guna yang berbayar, tidak yang percuma kerana fungsinya lebih banyak. Selain untuk memberikan notifikasi secara direct kepada subscribers saya apabila ada artikel terbaru, saya juga boleh buat marketing secara softselling.

Dari pandangan peribadi saya, inilah cara untuk membina sebuah blog yang hebat dan berautoriti.

P/S: Belum ada blog sendiri dan nak tahu cara bina blog? Dapatkan panduan www.buatduitblog.com hari ini juga. Selain di ajar cara buat blog sendiri, anda juga di ajar cara buat duit dengan blog. Versi ke-3 akan muncul.

1,913 total views, 2 views today