Tips Menulis Blog Dapatkan Duit | Siapa pembaca disini masih belum ada blog? Jika anda belum ada blog, saya sarankan untuk anda buat blog sekarang atau upah saja orang lain buat kerana banyak manfaatnya jika anda mempunyai blog sendiri. Kadang-kadang anda mesti ada peminat tersendiri. Biarpun peminat tak banyak tetapi hasil dari blog tu penting. Hehe..

Kali ini saya nak kongsikan beberapa tips di mana anda menulis blog sambil anda buat duit melaluinya. Walaupun sesetengah blogger sudah ada yang tahu, tetapi ramai yang terlepas pandang teknik menulis untuk dapatkan duit.

Apakah tips menulis blog untuk menarik duit?

Tips #1: Menulis Secara Ikhlas

Jika anda ingin menulis sesuatu artikel, biarlah nampak artikel anda tu ikhlas. Maksud saya di sini, jika anda buat sesuatu review tentang produk, anda mestilah menerangkannya dengan bersungguh-sungguh seperti keburukkannya serta kelebihannya. Ramai saya lihat ada blogger yang buat review dalam blog tentang produk Shaklee. Mungkin dari review mereka yang ikhlas, tak pelik jika ada orang membeli melaluinya.

Tips #2: Menulis Berbentuk Perkongsian

Pembaca blog minat apabila anda menulis sesuatu artikel adalah dalam bentuk perkongsian bukannya artikel anda nampak seperti menjual. Sebagai contoh jika anda ingin menjual sebuah powerbank dalam blog anda dan anda buat satu review artikel. Dalam artikel anda seharusnya berkongsikan cara penggunaan powerbank, caya menyimpan dan cara menggunakan dengan cara yang betul. Lepas itu anda selitkanlah mana-mana pautan URL jualan anda. Dari situ mungkin jualan akan terhasil.

Tips #3: Menulis Jangan Terlalu Formal

Menulis sesuatu artikel yang terlalu formal boleh menyebabkan orang cepat jemu walaupun artikel yang ingin disampaikannya adalah menarik. Jadi bagaimana nak menulis tidak terlalu formal?

Jika anda menulis sesuatu artikel, cuba buat seperti anda sedang berinteraksi dengan pembaca. Jangan buat artikel anda itu seperti satu hala. Seperti anda sorang yang berucap tanpa berikan peluang kepada pendengar untuk menanyakan soalan.

Walaubagaimanapun, hanya sesetengah orang saja yang boleh buat teknik gaya ini. Jika anda tidak pandai tidak mengapa. Paling penting adalah anda menulis mengikut gaya bahasa anda sendiri. Mungkin di sini terletaknya keunikkan tersendiri.

Tips #4: Menulis Artikel Menyelesaikan Masalah Orang

Tips ini yang paling banyak saya aplikasikan dalam penulisan. Jika anda ingin menulis dan mendapat duit dari penulisan anda tersebut, cuba tulis sesuatu artikel yang boleh menyelesaikan masalah orang ramai. Contohnya adalah anda menulis sesuatu artikel bagaimana nak hasilkan sebuah ebook dan jual di internet.

Anda mungkin boleh kongsikan sikit tips-tips cara buat ebook sehinggalah kepada penjualan. Pada akhir artikel anda, selitkan sedikit link affiliate anda di mana anda boleh sertai mana-mana affiliate cara buat ebook. Salah satunya adalah Bisnesebook.com ada meyertakan program affiliate.

Tips #5: Menulis Secara Konsisten

Ini satu lagi tips mungkin ramai yang terlepas pandang. Jika anda nak dapatkan duit hasil dari penulisan anda di blog, anda hendaklah selalu update artikel blog anda. Paling tidak ada idea, anda tulislah apa-apa kisah hidup anda asalkan ia dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.

Saranan saya jika nak menulis artikel, tidak perlulah buat setiap hari. Jika semangat anda cepat mengalah, lambat laun anda rasa malas nak update blog. Jadi cara terbaik, biarlah ada sekurang-kurangnya 3-4 artikel dalam masa seminggu.

Kesimpulan

Inilah antara lima tips yang mampu saya kongsikan untuk anda bagaimana jika anda nak menulis blog dan mendapat hasil darinya. Anda juga perlu ingat bahawa hasil dari blog itu bukanlah perkara yang utama bagi seorang blogger. Perkara yang utama adalah rasa seronok bila menulis dan berkongsi. Itu sepatut ada dalam diri seorang blogger. Dari rasa seronok menulis dan berkongsilah terdapatnya rezeki untuk anda.

2,752 total views, 1 views today