Orang bisnes yang berjaya, mereka bukan berjaya atas kekuatan bakat, ilmu, dan semangatnya sendiri, sebagaimana yang selalu menjadi sangkaan dalam kalangan orang yang tidak berniaga.

Peniaga-peniaga yang berjaya adalah mereka yang mempunyai senarai panjang peniaga-peniaga lain yang mendukung bisnes mereka.

Disebabkan mereka didukung oleh peniaga-peniaga lain, mereka ibarat pokok yang mempunyai akar tunjang, sangat sukar ditumbangkan. Bisnes mereka bukan hanya sukar tumbang, malah mudah membesar.

Dalam dunia bisnes, supaya berjaya kita perlu memiliki strategi dan taktik bagaimana mendapatkan sebanyak-banyak peniaga lain supaya mereka mahu mendukung bisnes kita.

Sebagai peniaga, kita mungkin kenal banyak orang, tetapi mereka belum tentu mahu mendukung bisnes kita. Mereka bukan musuh kita, tetapi meskipun bukan musuh namun mereka tidak mahu mendukung bisnes kita. Apabila kita memerlukan kerjasama mereka, mereka tidak berminat.

Jangan sekali-kali kita buat tidak elok kepada peniaga lain. Kita tidak tahu bila masanya kita akan terpaksa meminta kerjasama mereka.

Apabila kita buat tak elok kepada peniaga lain, ia ibarat perbuatan kita mencantas kaki sendiri!

Tanpa dukungan daripada peniaga-peniaga lain, maka bisnes kita akan menjadi bebanan kepada kita. Kita akan mengalami keadaan di mana berkerja memajukan bisnes menjadi suatu kepayahan – sepayah semut yang cuba berjalan di atas dodol cair.

Kredit: Puan Ainon (ABS)

202 total views, 1 views today