Sejak ashadee ditutup, ramai dalam kalangan blogger mula tercari-cari apakah pengganti program affiliate yang sesuai untuk mereka sertai kerana sudah menjadi sebahagian blogger di Malaysia jana duit affiliate dari ashadee.

Ashadee sebenarnya sudah terkenal dalam kalangan blogger di Malaysia. Namun, penutupannya adalah disebabkan oleh capaian target mereka tidak kesampaian untuk memasuki pasaran luar.

Apa kata fokus pasaran Malaysia je. Lagipun sudah ramai yang dapat manfaat dari program affiiate ashadee ni. 🙂

Namun begitu, anda jangan bersedih kerana website ni ibarat patah tumbuh hilang berganti dan banyak cara lain lagi anda boleh jana duit dengan blog.

Senarai Program Affiliate Malaysia Untuk Blogger

Di sini, saya senaraikan DUA program affiliate Malaysia yang utama dan relevent untuk anda sertai sebagai seorang blogger.

#1. KlikJer.com

Jenama program affiliate Klikjer sudah tidak asing lagi dalam kalangan blogger di Malaysia kerana Klikjer sudah lama bertapak sebagai program affiliate di Malaysia.

Bagi blogger, Klikjer adalah sumber pendapatan bagi mereka kerana setiap produk yang di iklankan di blog samaada melalui banner atau penulisan, Klikjer akan bagi komisyen bagi setiap jualan yang terhasil yang dikesan melalui link unik anda.

Dan dari sinilah bagaimana blogger membuat duit dengan klikjer.

Selain daripada itu juga, jika anda berminat untuk membuat duit sebagai penulis di Klikjer, anda boleh hasilkan karya sendiri dan hantar proposal karya anda kepada Klikjer.

Namun anda perlu download dahulu tool kits author mereka kerana ada ebook yang mereka terima dan ada ebook yang mereka tidak terima.

# artikel ini telah diedit pada 27/8/2017

2,391 total views, 1 views today