Pertama kali saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah ke blog ni. Dalam blog ini nanti, saya akan menceritakan pelbagai peluang bisnes online, kisah inspirasi bisnes dan juga tutorial wordpress. Ok, itu saja perkara-perkara yang saya akan tulis dalam blog ini. saya.

Untuk pengetahuan anda juga, sudah sekian lama saya menunggu domain untuk ahmadfaiz.com dan  akhirnya dapat juga saya memilikinya pada hari ini (4 Febuari 2014).

Saya sarankan, jika anda belum ada blog, teruskan daftar sekarang kerana untuk mendapatkan nama domain yang anda idam-idamkan semakin lama semakin kurang peluang tersebut. Dulunya nama domain untuk ahmadfaiz.com ni di pegang oleh orang lain. Apabila saya semak kembali, ia sudah available untuk saya menjadi pemiliknya. Terus saya daftarkan. Alhamdulillah. Rezeki.

Jika anda nak panduan buat blog, boleh dapatkan panduan www.buatduitblog.com. Dalam panduan tersebut, anda bukan saja di ajar cara buat blog tetapi juga cara buat duit dengan blog.

Kepada anda yang ingin mempelajari buat duit secara online, perkongsian peluang buat duit secara online dan sama waktu dengannya, jangan lupa untuk menjadi subscriber di blog saya ni. Anda boleh isikan nama dan alamat email di sebelah kanan. Setiap artikel yang saya masukkan akan terus ke email anda.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Saya doakan kepada mereka yang selalu melawat blog ini adalah orang-orang yang kaya dan berjaya.

1,452 total views, 1 views today