Pernah dengar nama Rahman Basri iaitu nama yang tidak asing lagi dalam perniagaan internet ni. Kalau anda buat bisnes online, tentu anda akan kenal dengan nama Rahman Basri.

Kenal tak siapa dia tu? Ini wajah dia

Jom kita baca kisah dia dulu.

Rahman Basri Tekad Menjadi Usahawan Ebook

Rahman Basri adalah seorang mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran beliau di sebuah institusi perguruan.

Beliau akan menamatkan pengajian beliau di sebuah institusi perguruan. Beliau akan menamatkan pengajian beliau pada pertengahan tahun 2009 dan akan bertugas sebagai seorang guru. Itulah harapan keluarga beliau untuk melihat beliau menjadi seorang guru yang berjasa kepada masyarakat kelak.

Namun begitu, jiwanya sedikit memberontak kerana merasakan dirinya tidak begitu sesuai untuk menjadi seorang guru. Akan tetapi semangatnya menjadi berkobar-kobar apabila beliau menemui perniagaan ebook pada awal tahun 2009. Beliau lebih selesa dan seronok untuk bekerja di hadapan computer dan menghasilkan ebook yang berkualiti untuk dijual menerusi internet.

Ebook pertama yang beliau hasilkan adalah ebook panduan berkaitan affiliate. Ebook tersebut telah berjaya menghasilkan jualan puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan. Kemudian, beberapa buah lagi ebook dihasilkan dan semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada mulanya, keluarga beliau menentang sekeras-kerasnya keputusan beliau untuk menolak tawaran menjadi seorang guru.

Namun apabila keluarga beliau melihat kejayaan beliau dalam perniagaan ebook yang beliau usahakan, mereka telah bersetuju dan merestui keputusan beliau.

Hasil kejayaan yang diperolehi oleh beliau bukan sahaja di nikmati oleh beliau sendiri, malah, beliau juga turut membantu keluarga beliau. Buktinya, beliau telah membawa semua ahli keluarga beliau menunaikan umrah hasil daripada keuntungan jualan ebook yang diusahakan.

Jana Duit Dengan Ebook

Ebook adalah produk yang diketegorikan di bawah produk digital. Sesiapa yang menjual ebook, pasti akan tahu nikmatkanya menjual ebook kerana ianya lebih senang dan mudah. Apabila ada orang tempah, kita hanya perlu hantar melalui email saja untuk download.

Atau…

Yang lebih advance pada masa kini, ada yang buat area member untuk lebih mudah pengguna baca terus secara online. Kadang-kadang nak download ni memerlukan masa dan internet yang laju.

Bagaimana anda boleh mula menjual ebook? Klik Sini untuk lihat panduan menjual ebook dari A sampai Z.

114 total views, 2 views today