Jika anda nak mulakan kehidupan sebagai blogger, meh baca artikel ni dulu. Lepas tu boleh buat keputusan platform mana nak gunakan sebagai tempat anda blogging.

Dalam artikel ini, saya akan buat dua perbandingan di antara WordPress vs Blogger untuk membantu anda menentukan mana satu platform yang terbaik untuk anda mulakan blogging.

WordPress Vs Blogger

Peringatan : Perbandingan ini adalah di antara WordPress.org  dengan blogger.com sahaja.

#1. Pemilikkan

Seperti yang kita tahu, blogger adalah hak milik gergasi internet iaitu Google. Ianya percuma dan anda tidak perlu keluarkan satu sen kos pun untuk mula berblogging. Hanya keluarkan kos jika anda ingin nama domain sendiri. Walaubagaimanapun, ia tetap bukan hak milik anda. Google boleh tarik bila-bila masa saja blog anda jika anda menyalahgunakannya.

Dengan wordpress pula, anda menggunakan hosting provider untuk host blog anda. Jadi anda bebas untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap blog anda tanpa disekat.

Walaubagaimanapun, anda perlu lihat juga feature hosting yang anda langgan seperti CPU, Bandwith, Disk Space dan sebagainya. Jika anda melebihi limit ini, blog anda juga akan disekat oleh hosting provider dan biasanya mereka akan suruh anda upgrade hosting anda ke tahap yang lebih tinggi.

#2. Kawalan

Dengan blogger, kawalan terhadap blog anda adalah sangat terhad. Yang anda mampu kawal adalah artikel anda dan design blog anda. Jadi anda tidak boleh kembangkan lagi blog anda ke tahap yang lebih jauh.

WordPress adalah jenis open source software di mana anda boleh kembangkan blog anda dengan lebih jauh lagi. Ia akan jadikan blog anda bukan untuk sekadar berblogging. Terdapat berpuluh-puluh ribu plugin yang boleh anda gunakan untuk jadikan blog anda banyak fungsi.

Jika dibandingkan WordPress dan Blogger untuk mereka yang melakukan bisnes, wordpress adalah pilihan yang jauh lebih baik.

#3. Design Blog

Blogger secara tetapan hanya menyediakan template atau design yang sangat terhad. Tetapi anda boleh ubah warna, ubah font, kelebaran dan sebagainya untuk jadikan blog anda lebih menarik lagi. Walaupun anda ada kemahiran HTML, anda tidak dapat ubah banyak bentuk asal template tersebut. Senang cerita, template untuk blogger ni tidak nampak professional.

Untuk wordpress, terdapat banyak template yang boleh anda pilih samaada percuma atau berbayar di mana blog anda akan nampak lebih professional dan dan dapat menarik perhatian pelawat blog anda. Anda juga boleh ubah design dan coding blog anda untuk jadikan ia lebih banyak fungsi lagi.

#4. Support

Tidak terdapat banyak support untuk blogger malah mungkin tiada support langsung untuk blogger jika ada masalah. Cuma mungkin ada forum sesama blogger yang telah disediakan oleh pihak Google untuk berbincang masalah yang ada.

Sepanjang pengalaman saya dengan blogger, blogger boleh dikatakan tiada masalah langsung. Jadi sebab itu ia tidak perlukan support.

Tidak seperti wordpress, setiap genap ada support samaada dari segi plugin, theme, dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan pengguna wordpress lebih banyak hadapi masalah dan akan support oleh developer masing-masing.

#5. Keselamatan

Berbincang soal keselamatan, keselamatan blogger lebih terjamin kerana pengguna blogger akan dilindung sepenuhnya oleh sistem keselamatan Google. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang hacker, backup data, resource dan sebagainya. Semuanya diuruskan oleh google.

WordPress juga selamat tetapi banyak benda anda perlu jaga sebab ia adalah host anda sendiri. Anda mesti peka dengan password, penggunaan plugin dan sebagainya. Kalau boleh hendaklah sentiasa up-to-date untuk mengelakkan masalah.

Kesimpulan

Kedua-dua platform ini mampu untuk anda buat duit melalui blog. Sudah banyak bukti mereka yang boleh buat duit dengan blogger atau wordpress.

Apa yang saya cadangkan kepada anda di sini adalah, jika anda plan untuk jadi blogger sahaja tanpa ada buat bisnes lain, gunalah blogger kerana ianya sudah memadai untuk anda. Blogger juga boleh buat duit. Asalkan anda rajin update artikel saja.

Jika anda ingin jadi blogger dan plan ingin pergi lebih jauh pada masa akan datang, gunalah wordpress. Ianya banyak fungsi anda boleh jadikan dengan wordpress ni. Pros dan Cons sudah saya nyatakan di atas. Jadi buatlah pilihan yang terbaik sebelum anda mulakan blogging.

1,151 total views, 1 views today