Samaada anda pernah dengar atau tidak pernah dengar pun tentang blog Mashable, di sini saya nak kongsikan beberapa perkara yang menarik tentang blog Mashable.

Mashable merupakan salah satu blog yang berjaya menjana jutaan ringgit setiap bulan hanya dengan pengiklanan di blog samaada melalui google adsense dan juga pengiklanan dari individu. Mashable adalah satu-satunya blog yang menjana pendapatan tertinggi dengan Google Adsense iaitu lebih kurang USD650,000 setiap bulan.

Siapakah Pengasas Blog Mashable?

Pete Cashmore adalah berusia 29 tahun (2014) dan beliau merupakan pengasas kepada blog Mashable , iaitu salah satu blog yang paling banyak dikunjungi di dunia. Mashable adalah sebuah blog yang berkongsikan tentang teknologi, sosial media dan berita. Hari ini kita dapat lihat salah satu billionair blog – Pete Cashmore!

Blog Mashable Di Tubuhkan

Pada tahun 2005, iaitu ketika Pete masih lagi berusia 19 tahun, beliau telah menubuhkan satu blog yang dinamakan sebagai Mashable. Tujuan sebenar beliau tubuhkan blog ini adalah untuk membuat kajian.

Mashable adalah dua perkataan yang digabungakan dari “mashup” dan juga “remixable”. Pada masa itu Pete melihat website menjadi menarik apabila mengabungkan gambar dari Filckr dan juga Google Maps. Selain daripada itu juga, Pete melihat website lebih menarik jika menggabungkan teks, video dan audio. Lalu tertubuhlah satu blog yang terkenal dan menjana pendapatan yang sangat tinggi.

Apa perkongsian yang saya cuba sampaikan sebenarnya?

Tidak di nafikan bahawa blog sebenarnya adalah salah satu kerjaya yang sangat hebat dan luas bidangnya jika ada yang tahu bagaimana untuk hasilkan pendapatan melalui blog. Permulaan Mashable pada mulanya bukanlah terus terkenal dalam masa 1-2 tahun tetapi mengambil masa yang agak lama untuk berjaya.

Jadi kepada anda yang masih tidak mempunyai blog adalah amat rugi. Blog bukan saja boleh menjana pendapatan tetapi juga boleh meningkatkan kepercayaan dan membina kenalan. Perkara ini adalah sangat penting jika anda adalah seorang peniaga yang berniaga secara online.

Antara contoh kejayaan blog seperti Mashable yang ada di Malaysia adalah Ohmedia.my dan juga Amanz.my.

191 total views, 1 views today