Perbezaan Website Dan Blog Serta Kelebihannya | Sebenarnya masih ramai lagi yang keliru untuk membezakan di antara yang mana satu blog dan yang mana satu website. Ada yang kata sama, dan ada kata yang berbeza.

Dari segi pandangan individu sendiri, blog dan website adalah adik-beradik tetapi cara penggunaannya adalah berbeza sama sekali. Berbeza dari segi mana tu?

Pada artikel kali ini saya akan cuba sampaikan mesej kepada anda apa perbezaan website dengan blog supaya anda boleh tentukan sendiri samaada nak buat blog sebagai paltform bisnes atau nak buat website sebagai platform bisnes atau nak buat kedua-duanya sekali.

1. #Blog Serta Penggunaannya

Apa itu blog? Blog secara mudahnya adalah tempat untuk kita menulis sesuatu. Tidak kira apa-apa jua artikel yang bermaklumat yang anda ingin tulis adalah dipanggil sebagai blog. Contohnya adalah ahmadFaiz.com ini adalah dipanggil sebagai blog.

Jika anda nak buat bisnes melalui online, blog adalah perkara yang sangat dititikberatkan. Kerana melalui blog, kita akan menulis dan menyampaikan sesuatu kepada orang ramai mengenai bisnes yang kita jalankan. Bila orang ramai dah kenal bisnes kita, maka mudahlah untuk kita buat duit.

Melalui blog juga, kita boleh pasarkan bisnes kita melalui pemasaran artikel. Ini yang sangat penting. Tambahan lagi jika anda mahir dalam SEO, dengan mudah orang ramai akan menjumpai bisnes anda di google.

Jadi, anda dinasihatkan untuk bina satu blog supaya anda boleh menerangkan dengan lebih lanjut maklumat mengenai bisnes anda atau tuliskan sesuatu yang berkaitan dengan bisnes anda.

2. #Website Serta Penggunaannya

Apa itu website? Website ini lebih kepada pengenalan bisnes yang kita jalankan secara ringkas. Melalui halaman utama website, kita terangkan secara ringkas mengenai bisnes kita seperti about us, contact us dan sebagainya. Perkara ini adalah sangat penting untuk tujuan pengenalan bisnes kita.

Dalam bisnes online, website adalah perkara nombor satu wajib anda ada. Seperti yang saya katakan tadi, website adalah untuk pengenalan bisnes kita secara ringkas supaya orang ramai memahami apa yang kita buat sebenarnya.

Di website, kita tak perlu tulis artikel yang panjang-panjang untuk terangkan bisnes kita. Cukup sekadar buat satu video animasi ringkas atau pengenalan ringkas saja melalui about us.

Kesimpulan

Website dan blog dalam bisnes online saling bergantung antara satu sama lain. Tiada salah satu benda ni dalam bisnes online, bisnes akan kelihatan cacat walaupun dah jana keuntungan.

Jadi di sini, jika website adalah “ibu” manakala blog pula adalah “anak” di mana kedua-dua inilah yang akan menguatkan lagi bisnes online anda.

Jika anda ada nak katakan sesuatu mengenai blog atau website, sila tinggalkan komen anda di bawah.

p/s: Ingin servis bina blog dan website? boleh layari www.smcreativestudio.com

1,620 total views, 1 views today