Nama aku Ahmad Faiz Bin Che Alias, panggil saja aku Faiz. Dilahirkan pada 11 Mac di Tanah Merah, Kelantan. Pada tahun 2014, umur aku dah mencecah 22 tahun.

Hobi? Dulu hobi aku bermain bola sepak. Sejak aku tahu blog boleh buat duit, hobi aku beralih pula kepada blogging. Tidak di nafikan lagi, bahawa blog boleh buat aku makan setiap bulan. Kalau nak tahu bagaimana aku buat duit dengan blog, boleh tahu Di SINI.

Warna? Warna yang aku suka adalah warna Merah, Putih dan Hijau. Tapi aku lebih dominan kepada warna merah. Bagi aku merah ni melambangkan keberanian dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu tanpa mudah berputus asa.

Serba sedikit kisah aku

Aku merupakan salah seorang bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah iaitu sebuah sekolah kluster di Machang. Tapi malangnya aku tidak lama di sana. Aku pun teruskan persekolahan di sekolah menengah harian biasa sehingga aku tingkatan 5.

Selepas tamat SPM, dua jenis pekerjaan yang telah aku cuba. Pertama, aku menjual air kelapa di tepi jalan bersama-sama dengan seorang rakan aku dan yang keduanya aku menjadi pelayan di sebuah restoran kecil di Kuala Lumpur.

Pengalaman ini yang mengajar aku bahawa nak mencari ringgit tu adalah sangat sukar.

Selepas beberapa bulan menunggu untuk menyambung pelajaran, aku telah menerima tawaran masuk ke Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.

Pengalaman aku belajar di Matrik adalah pengalaman paling terindah.

Pengalaman Buat Bisnes

Dari sekolah lagi aku mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Oleh sebab itu aku memasuki kelab Persatuan Usahawan Muda. Kelab ni sangat ekslusif di mana ia hanya limited untuk 5-7 orang sahaja. Kerja aku apabila masuk kelab ini adalah membuka gerai kecil semasa hari sukan dan sebagainya.

Aku mulakan bisnes internet ni pula sekitar tahun 2012 di mana waktu tu aku telah tamat pengajian di sebuah Kolej Matrikulasi. Aku bermula pada masa tu adalah secara tidak langsung dan tidak terancang kerana aku tertarik dengan kisah sepupu aku yang berjaya dalam bidang bisnes ni.

Duit aku pertama melabur untuk merasai duit online adalah bermula dengan Jobdirumah.

Lepas tu cuba pula bisnes percetakkan baju. Alhamdulillah juga kerana mendapat banyak tempahan. Tetapi malangnya supplier aku ni buat hal sikit.Aku menerima panggilan bertubi-tubi dari customer kerana penghantaran baju lambat. Aku berhenti sekejap untuk manage balik bisnes ni.

Hampir setahun aku manage balik bisnes cetak baju ni dan akhirnya aku berjaya kembali mula dari bawah untuk bisnes servis percetakkan t-shirt ni. Boleh lawat website aku di __________.

*Halaman ini akan dikemaskini

Faiz Alias

Faiz Alias

Web Designer/Blogger