Memilih Hosting Dengan Betul

Memilih hosting yang betul dan tepat sebenarnya adalah kunci kejayaan nombor satu dalam industri blog atau website. Bayangkan anda mempunyai blog atau website yang kian membangun dengan pesat dan semakin terkenal. Tetapi, kerana anda memilih penyedia hosting yang salah, website anda kerapkali server down, support tidak mantap untuk membantu dan sebagainya.

Ciri-ciri hosting yang perlu anda pilih adalah seperti berikut:

#1 Bergerak Dalam Satu Team

Anda mesti memilih penyedia hosting yang mempunyai team dan bukanya mereka yang menjalankan perniagaan hosting ini secara solo/sendiri. Ini kerana, mereka yang menyediakan hosting secara solo sebenarnya tidak dapat untuk support anda dengan baik jika anda ada masalah pada hosting anda.

#3. Support Mantap (Kalau Boleh On Time)

Saya juga sering test mana-mana penyedia hosting dengan bertanyakan soalan. Lihat bagaimana dia respon dan berapa lama masa diambil untuk respon pertanyaan kita. Ini penting untuk anda dapatkan support nanti jika ada masalah.

#2 Review Yang Baik

Anda juga perlu lihat review-review yang positif daripada penyedia hosting tersebut. Lihat apa kata pelanggan yang telah menggunakan server syarikat tersebut. Jika ada kelemahan, lihat apa kelemahan tersebut. Review ni biasanya anda boleh je cari di google. Ingat, setiap penyedia hosting ada baik buruknya.

#4 Server Tidak Mudah Down dan Laju

Berhati-hati jika anda melanggan hosting yang terlalu murah dari pesaing-pesaing kerana saya sudah banyak kali melihat pelanggan saya yang melanggan hosting sendiri yang terlampau murahnya. Akibatnya, server selalu down dan susah untuk dapat support.

Recommended Webhost Untuk Anda Baru Bermula

NetKL (Tempatan)

NetKL adalah salah satu penyedia hosting popular yang ada di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 sehingglah sekarang masih lagi kekal dan menjadi pilihan mereka yang baru mendirikan website ataupun blog. Support juga boleh dikatakan mantap dan server tidak mudah down. Jika anda adalah baru dalam industri website, saya sangat rekemenkan NetKL sebagai permulaan anda. – Klik Sini

Server Freak (Tempatan)

Server Freak juga merupakan salah satu penyedia web hosting yang bertapak di Malaysia. Syarikat ini telah ditubuhkan dari tahun 2003 lagi sehingga sekarang. Menawarkan support 24x7x365 hari. Ini bermakna, jika anda ada masalah dalam server anda, mereka akan bantu dan support anda on time. Mereka juga menawarkan pelbagai fungsi yang menarik untuk anda bermula sebagai Blogger – Klik Sini