Setiap orang yang ingin buat bisnes secara online, saya rasakan amat penting untuk kumpul list dan bina hubungan pelanggan anda secara private melalui email.

Penting ke pemasaran email? Bagi saya pemasaran email ini ada kepentingan dan kelebihannya tersendiri. Kalau tidak, tidak mungkin kita pernah dengar yang usahawan yang guna pemasaran melalui email mampu untuk jana 4-5 angka sebulan.

Namun masih ramai yang keliru, manakah antara pemasaran email yang paling bagus dan mempunyai banyak kelebihan.

Pemasaran Email – AWeber vs Getresponse

Pada artikel ini, saya akan cuba bandingkan dua software pemasaran email yang paling digunakan oleh kebanyakkan pemasaran email iaitu AWeber dan Getresponse kerana kedua-duanya saya pernah guna sebagai pemasaran email.

Ini akan membantu anda untuk serius dalam memilih dan menggunakan pemasaran email secara serius.

1. Yang Mana Lebih Mudah Untuk Bermula?

Masa adalah sangat penting jika kita sebagai seorang usahawan.

Jika anda tersalah memilih software pemasaran email, masa anda boleh terbuang begitu saja.

Persoalanya – Yang mana lebih mudah untuk bermula?

AWeber

Secara jujurnya, AWeber lebih mudah untuk bermula. Jika anda baru dalam bidang email marketing, AWeber lebih mudah untuk setting campaign dan mula untuk bina list anda kerana ianya tidak terlalu kompleks dan ringkas.

 

Getresponse

Untuk Getresponse, ianya agak lebih kompleks dan jika anda tidak sabar dalam belajar cara setting campaign dengan Getresponse, anda akan lebih cepat rasa pening kepala.

 

Pemenang : AWeber

2. Email Templetes

Templete dan design email yang berkualiti akan memukau mata sesiapa yang melihatnya. Ianya dapat membantu anda dalam mengumpul list dengan lebih banyak.

AWeber

AWeber kini mempunyai lebih 600 template e-mel, juga di bawah pelbagai kategori yang berbeza.

Satu perkara yang menarik di sini adalah bahawa beberapa template e-mel baru-baru ini telah dibina seperti tema WordPress.

Ini termasuk Pro Parallax dari StudioPress dan juga tema Derek Halpern berbentuk tema Sosial.

Getresponse

Untuk Getresponse, sekarang terdapat lebih 500 + template e-mel yang ada di bawah pelbagai kategori.

Anda boleh pilih pelbagai tema dengan bisnes anda seperti pemakanan, pelancongan, pemasar internet dan banyak lagi.

Untuk keseluruhan, kedua-dua mempunyai templete yang responsive dan pelbagai pilihan untuk bisnes anda. Untuk kedua-dua juga, anda boleh custome made sendiri dengan menggunakan HTML atau anda boleh beli templete dari ThemeForest.

Pemenang: Seri

3. Message Builder

Kedua-duanya mempunyai pembina mesej hanya “drag and drop” untuk membina mesej yang mampu menarik perhatian pembaca. Ini menyebabkan kedua-duanya mempunyai Messsage Builder yang sangat mudah.

AWeber

Aweber mempunyai terminologi yang berbeza dengan Getresponse. Jika Getresponse dipanggil Newsletter manakala AWeber dipanggil sebagai Broadcast. Kedua-dua fungsinya adalah sama saja.

Secara jelasnya, AWeber sangat mudah untuk anda bina mesej anda untuk dihantar kepada subscriber anda.

Di bawah adalah butang yang terdapat pada AWeber untuk anda boleh pilih untuk mula menulis mesej anda.

Anda boleh pilih samaada untuk Drag & Drop Email Builder, Plain Text Message dan juga Code Your Own HTML.

Drag & Drop Email Builder bermaksud anda boleh pilih ready made templete yang memukau mata pembaca email anda. Plain Text Message bermaksud untuk anda tulis mesej saja tanpa ada design dan Code your HTML bermaksud anda boleh custome made sendiri mesej anda untuk lihat lebih menarik.

Contoh untuk Drag & Drop Email Builder.

Getresponse

Untuk Getresponse, pembinaan mesej adalah terlalu kompleks kerana ianya terlalu lebih detail. Tetapi anda jangan risau. Mereka akan berikan langkah demi langkah untuk anda mulakan menulis mesej anda kepada subscriber anda.

Secara jujurnya, saya lebih menyukai cara menulis mesej di Getresponse kerana ianya cukup lengkap apa yang saya perlukan untuk pemasaran email saya. Apa yang ada pada Getresponse tidak ada pada AWeber. Apa yang ada pada AWeber, ada juga pada Getresponse.

Pemenang: Getresponse

4. Autoresponder

Inilah kepentingan dalam pemasaran email kerana mampu untuk menghantar mesej yang telah kita setkan secara automatik walaupun kita sedang tidur. Jadi, anda perlu pilih antara dua, Getresponse atau AWeber kerana kedua-dua ini ada seidkit perbezaan.

AWeber

Seperti biasa, cara setup untuk autoresponder AWeber adalah lebih mudah kerana sifatnya adalah simple. Tetapi untuk AWeber, tidak ada ciri-ciri yang menarik seperti Getresponse.

Secara ringkasnya, inilah cara setting di autoreponder di AWeber. Ianya bergantung tarikh subscriber anda isi nama dan akan dihantar secara automatik setelah anda setkan untuk beberapa hari anda mahu.

Getresponse

Berlainan pula untuk pengguna Getresponse di mana anda boleh setkan dengan pelbagai cara seperti jika subscriber anda tidak buka mesej yang dihantar sebelum ini, maka sistem Getresponse tidak akan hantar email yang seterusnya sehingga ia baca terlebih dahulu mesej yang sebelumnya.

Jadi saya lebih prefer yang mana?

Pemenang: Getresponse

5. Split Testing

Apa tujuan split testing?

Split testing bertujuan untuk mengkaji di mana HEADLINE tajuk email anda yang lebih cenderung untuk subscriber anda buka email anda apabila ianya dihantar.

Sebagai contoh anda ingin kaji headline mana yang lebih berkesan seperti:

Contoh 1: Re: Jangan Baca Jika Tidak Mahu Jana RM1000 Sebulan

Contoh 2: PENTING! Cara Jana RM1000 Sebulan Melalui Internet

Tentu anda nak tahu yang mana lebih pembaca email anda berminat untuk buka email. Jadi, inilah fungsinya.

AWeber

Kali ini untuk menghasilkan split test AWeber tidak lagi sesimple Getresponse. Ianya mempunyai banyak step yang perlu anda lakukan untuk buat split test di AWeber.

Contohnya ada perlu buat dulu split test secara draft dan baru anda tulis mesej split test yang anda mahu buat.

Getresponse

Untuk Getresponse, apabila anda menaip mesej yang ingin dihantar kepada subscriber anda, ianya terus menawarkan untuk split test. Ini boleh jumatkan masa anda dari tulis kembali seperti split test yang disediakan oleh AWeber.

Pemenang: Getresponse

 6. Integration Platform

Apa maksud integration platform di sini? Ini bermaksud, anda boleh link atau hubungkan pemasaran email anda di platform yang popular untuk tingkatkan subscriber anda atau jualan anda.

Sebagai contoh anda ingin menambah subscriber dalam facebook, anda boleh melakukannya.

AWeber dan Getresponse

Dalam kelebihan ini, AWeber dan Getresponse kedua-duanya mempunyai kelebihan yang sama iaitu boleh integratekan pemasaran email dengan platform yang lain.

Pemenang: Seri

7. Harga Bayaran

Mungkin harga adalah faktor utama yang anda akan lihat untuk melanggan mana-mana pemasaran email. Jadi di sini saya cuba bandingkan harga di antara Getresponse dan juga AWeber.

AWeber

Dari segi harga, AWeber tentunya lebih mahal dan harganya lebih ekslusif. Kebanyakkan AWeber digunakkan oleh mereka atau syarikat-syarikat yang besar.

Di bawah ini adalah senarai harga untuk AWeber.

Bilangan SubscribersHarga
500$19
501-2,500$29
2501-5000$49
5001-10,000$69
10,001-25,000$149

Getresponse

Jika nak dibandingkan dengan AWeber, harga getresponse jauh lebih murah dan berbaloi dengan servis yang ditawarkan.

Di bawah ini adalah senarai harga untuk Getresponse.

Bilangan SubscribersHarga
1,000$15
2,500$25
5,000$45
10,000$65
25,000$145
50,000$250
100,000$450

Pemenang: Seri

8. Perbandingan Keseluruhan

Di bawah ini saya sediakan satu jadual untuk membandingkan secara keseluruhan di antara Getresponse dan juga AWeber

 GetresponseAWeber
Bilangan EmailUnlimitedUnlimited
Email Templetes600+500+
Drag & Drop Message BuilderYaYa
Bina BorangYa Ya
Time Based AutoresponderYaYa
Action based auto responderYaTidak
Detailed analyticsYaYa
Split testingYaYa
Contact managementYaYa
List automationYaYa
Goal/sales trackingYaYa
Email reportsYa Tidak
Responsive emailsYaYa
Social integrationYaYa
Image hostingYa Ya
Photo galleryYaTidak
RSS to emailYaYa
Mobile appYaTidak
Landing pagesYa (Tambahan $15/month)Tidak
SurveysYaTidak
QR code generatorYaTidak
Daftar Getresponse (Free Trial 30 Days)Daftar AWeber ($1 Trial 30 Days)

Secara keseluruhannya, kelebihan lebih kepada Getresponse.

Pemenang: Getresponse

9. Keputusan Akhir

Berikut merupakan keputusan akhir kelebihan yang ada pada AWeber atau Getresponse.

KriteriaGetresponse atau AWeber
Ease of setupAWeber
Email templatesDraw
Message builderGetResponse
Auto responderGetResponse
Split testingGetResponse
AnalyticsGetResponse
Automation rulesDraw
Integrations with other platformsDraw
Delivery ratesDraw
PricingGetResponse
Overall ease of useGetResponse
SupportAWeber

Pemenang: Getresponse

10. Pilihan Terbaik

Kedua-duanya adalah pilihan terbaik. Tetapi jika anda nak jimat dari segi kos, anda boleh pilih Getresponse.

Klik Sini untuk cuba Getresponse (30 Hari percubaan percuma tanpa kredit kad)

 

Klik Sini untuk cuba AWeber (30 Hari percubaan dengan kad kredit sebanyak $1)

468 total views, 2 views today