Bisnes Tudung | Raya dah semakin dekat. Semakin hari semakin ramai wanita-wanita di luar sana mula sibuk mencari alat kelengkapan untuk persiapan hari raya, tukang jahit baju dah sibuk menerima tempahan set baju raya dan sebagainya. Puasa belum lagi tapi sudah mula buat persiapan hari raya. Itulah hakikatnya.

Berbeza pula dengan geng-geng otak bisnes dimana mereka mula sibuk persiapkan diri mencari peluang bisnes menjelang bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Ada yang dah jumpa peluang dan ada yang masih belum jumpa peluang.

Jadi, artikel kali ini saya akan tunjukkan kepada anda satu rahsia bisnes menjelang hari raya. Sebenarnya ia bukan saja laku pada musim dekat perayaan tetapi juga pada musim-musim yang lain.

Ini adalah peluang yang besar kerana ia sering dinanti-nantikan oleh kaum hawa di luar sana. Saya rasa anda sudah dapat teka apakah bisnes tersebut. Tak lain tak bukan adalah bisnes tudung.

Kenapa Bisnes Tudung?

Boleh ke buat duit dengan bisnes tudung? Tudung merupakan satu keperluan asas di Malaysia terutama kepada perempuan yang beragama islam.

Secara kasarnya terdapat 8,000,000 (8 juta) orang perempuan di beragama Islam di Malaysia. Dengan kata lain, potensi pelanggan anda adalah seramai 8 juta orang.

Katakan hanya 1% sahaja daripada 8,000,000 yang beli tudung anda yang hanya keuntungan RM10 setiap sehelai.

80,000 orang x RM10 = RM 800,000 sebulan
RM800,000 x 12 bulan = RM9600000 setahun.

Secara kasarnya, mengikut kiraan di atas, anda mendapat keuntungan RM800,000 sebulan daripada 1% wanita yang ada di Malaysia. Itu hanya baru keuntungan RM10. Kalau anda ambil keuntungan RM20 setiap sehelai, berapakah anda akan dapat?

Potensi Bisnes Tudung

Bisnes tudung mampu untuk buatkan bisnes anda menjadi huru-hara kerana permintaannya adalah sangat tinggi. Bukan saja permintaan sangat tinggi di dalam negara Malaysia tetapi juga di luar negara Malaysia.

Kesedaran memiliki tudung kini semakin meluas. Malah ada juga yang bukan islam turut memakai tudung kerana untuk melindungi kepalanya daripada cahaya matahari.

Ramai peniaga tudung yang bermula dari kos yang rendah telah berjaya mempunyai pekerja dan premis sendiri hasil dari perniagaan tudung. Saban hari ada sahaja peniaga tudung yang muncul di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Blog, Website dan lain-lain lagi.

Anda tentu perasan bukan?

Cuba lihat antara peniaga tudung di facebook yang mendapat galakkan dan sambutan. Mereka semua bermula dari kosong!

Bagaimana Nak Berjaya Seperti Mereka?

Nak berjaya seperti mereka bukanlah senang dan mudah sebenarnya walaupun sekarang ini kita lihat mereka sudah berjaya jana keuntungan jutaan ringgit. Sebelum mencapai tahap tersebut, mereka dah harungi pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya.

Bukan ingin menakutkan anda tetapi untuk menasihati anda supaya buatlah sesuatu secara konsisten untuk berjaya seperti mereka. Walaupun ada halangan, tetap teruskan buat bisnes.

Ini adalah hasil dari beberapa pemerhatian dan kajian dari saya sendiri bagaimana mereka boleh berjaya dalam bisnes tudung ini. Antaranya adalah.

  • Sanggup Keluarkan Modal Yang Besar
  • Tidak takut pada kegagalan
  • Sikap berani untuk berubah
  • Bina jenama yang kukuh melalui offline
  • Pasang ejen yang ramai manakala mereka hanya membekal sahaja
  • Masa yang ada hanya fokus dengan bisnes tudung saja
  • Ada network yang ramai
  • Ada kedai dan butik sendiri

Inilah antara element-element yang membuatkan mereka berjaya. Tapi bagaimana dengan kita?

Jangan Takut, Jangan Gusar

Anda nak mulakan bisnes tudung anda sendiri? Jangan fikir mereka yang dah jana jutaan ringgit memerlukan pengorbanan yang besar dan sanggup keluarkan modal yang besar. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Jadilah diri kita sendiri untuk berjaya.

Untuk anda, saya yakin anda boleh berjaya dalam bisnes tudung ini tanpa memerlukan modal yang besar. Hanya bermula dari bawah dengan modal yang kecil.

Tapi bagaimana nak mulakan modal yang kecil dalam bisnes tudung? Teruskan membaca.

Jom Mulakan Bisnes Tudung

Jika anda berminat dan serius dalam menjana wang ringgit dengan bisnes tudung, saya sarankan untuk anda lihat satu panduan “Lubuk Bisnes Tudung” yang telah didedahkan oleh seorang yang telah berpengalaman dalam pengusahaan bisnes tudung.

Dengan panduan ini, anda akan dibekalkan sebanyak 10 pembekal tudung rekaan terkini, murah dan dijamin berkualiti tinggi.

Bukan itu saja, malah anda juga akan di ajar cara bagaimana ingin menjual tudung. Kalau tak ada asas menjual anda jangan risau kerana dalam panduan tersebut ia cukup lengkap untuk anda yang bermula dari bawah.

Jimatkan masa anda, jimatkan tenaga dalam mencari lubuk-lubuk pembekal. Semuanya sudah didedahkan dalam “Lubuk Bisnes Tudung

7,570 total views, 2 views today