Pendaftaran dan memiliki lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sangat penting bagi semua peniaga online mahupun offline.

Ini kerana, pihak berkuasa sudah mula menjejak mana-mana peniaga secara online tidak mempunyai lesen perniagaan dan akan di kenakan tindakan undang-undang.

Tentu anda tidak mahu bukan?

Pada hari ini, saya akan cuba berkongsikan kepada anda bagaimana nak buat pendaftaran lesen perniagaan ni. Kepada anda yang tidak tahu tentu akan berasa susah dan menganggap bayarannya adalah mahal. Sebenarnya ia sangat mudah dan bayarannya tidak sampai RM100 pun.

Persediaan Sebelum ke Cawangan SSM

1. Salinan fotostat IC

2. Wang tunai RM100 (RM70 sahaja pendaftaran)

Itu sahaja. Jangan lupa salinan IC kerana mereka perlukan semasa pendaftaran. Jika tidak, anda terpaksa mencari kedai photostat pula. Ini akan memakan masa anda.

Untuk memastikan cawangan SSM yang berhampiran dengan anda, sila semak cawangan mereka terlebih dahulu di http://www.ssm.com.my/ms/hubungi-kami.

Ketika di SSM

Anda terus ke kauter pertanyaan dan minta dari mereka borang untuk mendaftarkan nama perniagaan.

Untuk makluman anda, di mana-mana cawangan SSM mereka telah sediakan contoh cara mengisi borang tersebut. Jadi anda tidak perlu berasa susah hati jika tidak tahu.

Dalam borang ini nanti, anda perlu sediakan 3 nama perniagaan anda. Ini adalah sebagai backup jika nama yang anda tulis telah didaftarkan di atas nama orang lain. Sebagai contoh.

  1. Faiz Creative Resource
  2. Faiz Creative Enterprise
  3. Faiz Printing Enterprise

Semasa pendaftaran nanti, pekerja SSM akan pilih mengikut keutamaan anda.

Selepas selesai anda mengisi borang SSM, anda perlu kembali ke kaunter pertanyaan untuk disemak. Jika tiada apa yang silap, mereka akan kepilkan no. giliran anda untuk menunggu nama anda di panggil.

Biasanya pendaftaran lesen perniagaan ini siap dalam masa kurang satu jam sahaja jika tidak ada masalah.

Selesai…

Itu saja. Mudah kan?

4,225 total views, 1 views today