Mengapa Perlu Memiliki Blog | Persoalan ini selalu menjadi mainan fikiran bagi mereka yang tidak pernah tahu kenapa seseorang itu memiliki dan menulis blog. Dapat untung ke?

Menulis blog ada dua jenis keuntungan. Keuntungan dunia dan keuntungan akhirat. Keuntungan dunia apabila ia mendapat hasil dari blog yang dimiliki manakala keuntungan di akhirat adalah hasil perkongsian ilmu yang diberikan secara percuma.

Mari saya terangkan dengan lebih lanjut kenapa anda perlu memiliki sebuah blog.

#1. Berkongsi Ilmu

Seseorang yang memiliki blog, sudah tentu akan menulis sesuatu maklumat yang diperlukan oleh orang ramai. Tidak kira ilmu tersebut ilmu bisnes, tutorial, tips, masakkan, pelancongan mahupun kisah diri sendiri yang boleh orang ramai mendapat input darinya.

“Semua Penulis itu akan mati, hanya karyanyalah yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.” ~ Ali bin Abu Thalib

Bukan ke berkongsi ilmu, ilmu semakin bertambah?

#2. Membina Kredibiliti

Dengan mimiliki blog juga, orang ramai akan menganggap anda seorang yang berkredibiliti tinggi. Tambahan pula jika anda adalah seorang yang memiliki bisnes.

Bina kepercayaan orang ramai melalui blog anda dan anda akan lebih mendapat kelebihan darinya.

#3. Ladang Bisnes

Bagi seseorang yang memiliki bisnes, blog adalah sesuatu yang wajib dimiliki. Ia bukan saja tempat membina kepercayaan dan kredibiliti anda tetapi juga untuk mempromosikan bisnes anda.

Sebagai contoh saya katakan.

Anda memiliki hobi dalam memancing dan mengenali banyak jenis-jenis ikan. Apa kata anda bina satu blog yang menceritakan tentang ikan, cara memancing, tempat paling best memancing dan sebagainya. Anda tulis sahaja apa-apa dalam blog anda yang berkaitan dengan memancing di samping anda menjual peralatan memancing secara online.

Ini teknik yang dikatakan berkongsi sambil menjual. Sedangkan orang tidak tahu tujuan anda adalah untuk buat bisnes peralatan memancing.

#3. Mengisi Masa Lapang

Ada juga yang memiliki dan menulis blog adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang. Perkara ini bagi saya adalah sesuatu yang amat baik daripada melepak sana-sini. Secara tidak langsung, kita dapat mengasah minda dan otak dalam bidang penulisan.

Biasanya golongan yang menulis blog untuk mengisi masa lapang adalah berkaitan kisah diri sendiri dan juga mereka jenis ini buat duit melalui pengiklanan nuffnang.

#4. Meningkatkan Penulisan

Teringat lagi semasa awal-awal penulisan saya di blog lama FaizAlias.com, di mana saya mengambil masa yang sangat lama untuk hasilkan sesuatu artikel. Tambahan pula, bila di baca kembali teknik dan gaya penulisan saya sungguh teruk.

Bila lama-lama menulis, saya dapat perbaikinya dari semasa ke semasa dengan gaya tersendiri dan juga masa yang di ambil untuk menulis amat singkat berbading dulu. Ini kerana saya melatih otak sendiri untuk bekerja dan berfikir dengan lebih cepat.

Ayuh mulakan sekarang memiliki dan menulis blog. Tidak perlu tunggu penulisan anda sempurna baru nak mulakan menulis blog.

Keseluruhan

Seperti yang anda tahu, ramai yang bina blog adalah tempat untuk berkongsikan maklumat selain mendapat side income darinya. Sebenarnya banyak lagi kelebihan jika anda mempunyai blog sendiri. Jadi binalah blog sekarang. Jom bina blog sekarang dan jana duit sampingan darinya.

Mungkin anda di kalangan blogger ada nak tambah apa-apa kenapa perlu ada blog? Tinggalkan komen di bawah.

1,624 total views, 1 views today