Kita tahu bahawa pada zaman ini mempunyai sebuah website adalah aset penting dalam bisnes kita terutama bisnes secara online. Walaubagaimanapun, jika kadar conversion dan trafik dalam website kita rendah, itu tandanya kita perlu buat penambahbaikkan sikit pada website kita tersebut.

Dalam sesebuah website, anda hendaklah menampakkan ia menarik, ringkas, tidak serabut dan mesra pengguna. Barulah kadar conversion dalam website anda akan meningkat dan pelawat yang datang sebelum ini akan datang melawat lagi.

Lima Sebab Website Anda Tiada Pelanggan

Jadi, di bawah ini, saya akan senaraikan beberapa yang menjadi faktor utama kenapa website anda tiada pelanggan.

#1. Kelajuan Website Lambat

Tidak dinafikan lagi, semua pelawat yang melawat dalam sesebuah website mengharapkan ia laju dan tiada tersekat-sekat. Ini adalah faktor utama yang di lihat oleh seseorang pelawat. Walaupun website anda mempunyai pengisian yang bagus, tetapi kelajuan website slow ia tetap akan kelihatan menjengkelkan. Website anda yang slow ia ibarat anda sedang menguji tahap kesabaran pelawat anda. Inilah mereka yang tidak suka.

#2. Tidak Mesra Mobile

Mobile di sini maksudnya smartfon, bukannya kereta (bahasa indonesia). Pada hari ini, kajian telah menunjukkan bahawa lebih daripada 90% mereka yang melayari internet lebih suka menggunakan smartfon mereka. Ini kerana ia mudah untuk di akses di mana-mana sahaja mereka suka. Jadinya, anda mesti memilih design website anda yang sudah mesra smartfon.

#3. Gambar Produk Tidak Menarik

Bagi anda yang menjual 100% produk secara online iaitu jual melalui website e-commerce, anda hendaklah menyediakan gambar yang menarik, jelas dan pengcahayaan yang baik. Untuk menampakkan gambar produk anda lebih menarik, anda perlulah menyediakan sebuah kamera DSLR dan juga mini studio. Mini studio ni tidak besar mana pun. Sebesar saiz kotak saja.

#4. Website Tidak Tersusun Dan Berserabut

Website jualan adalah sama juga seperti di kedai-kedai runcit atau pasar raya. Cumanya, website ni adalah secara online manakala kedai runcit pula secara offline. Cuba anda bayangkan anda ada sebuah kedai runcit tetapi di dalamnya berselerak dan tidak tersusun. Kemungkinan besar pelanggan yang datang ke kedai anda tidak akan datang lagi selepas itu.

Sama juga dengan website. Anda hendaklan susun sebaik mungkin produk-produk yang anda ada mengikut kategori. Kalau boleh, masukkan navigasi di bahagian tepi atau di mana-mana bahagian untuk memudahkan pelanggan anda memilih produk.

Ok. Itu dulu yang mampu saya senaraikan. Jika anda nak jual produk melalui website, perkara-perkara ini anda perlulah ambil cakna. Jika ada penambahan, saya akan update kemudian.

858 total views, 1 views today