Bila kita melihat Si Fulan Bin Si Fulan berjaya membuat jualan keuntungan berganda-ganda melalui iklan Facebook (FB ads), kita terus melihat manisnya kejayaan yang beliau hadapi.

Tapi berapa ramai orangkah yang sedar bahawa pada setiap kejayaan tersebut terselit sedikit kesusahan dan kepayahan yang terpaksa beliau hadapi semasa membuat iklan di Facebook pada pertama kalinya?

Tak nak bercerita panjang. Di sini saya sediakan kepada anda nukilan daripada sahabat saya di facebook mengenai iklan di Facebook.

1. Buat iklan hari ini terus dapat jualan?

Hakikatnya ada yang buat FB Ads 3 bulan baru dapat rentak. Untung pun belum banyak.

Kes minoriti sahaja buat sehari terus dapat jualan.

2. Cuba 1 iklan terus menjadi, jualan meletup-letup. Adakah ia benar?

Hakikatnya ada yang cuba 10 iklan baru dapat 1 iklan yang betul-betul menjadi.

Kes minoriti sahaja buat 1 iklan terus jualan mencanak-canak. Terlalu jarang berlaku begini.

3. Labur iklan FB RM100 dapat jualan RM1000. Maka mula buat kesimpulan mudah, jika nak dapat jualan RM100k, mestilah kena labur RM10k. Betulkah ia semudah itu?

Hakikatnya, masa labur kecil jualan berjalan baik, bila labur besar seperti RM10k, ada kes yang jualan tak sampai pun RM15k.

Setiap tahap berbeza, paling baik naikkan bajet secara berperingkat. Jangan terus naik RM100 ke RM1000. Naikkan ke RM120 hingga RM150 dahulu. Kawal risiko kita.

4. Dapat 100 orang hubungi kita, 99 akan beli. Adakah kita fikir begini?

Hakikatnya tidak begitu.

100 orang itu berada dalam fasa ingin tahu lebih lanjut. Sebab itu mereka hubungi kita.

Daripada 100 itu, belum tentu semua beli. Kadang-kadang 20 orang, kadang-kadang sampai 40 orang, sebahagian kecil sampai 70 orang.

Ia banyak bergantung kepada ketepatan sasaran pelanggan dan cara kita hilangkan keraguan mereka untuk membeli.

5. FB Ads satu-satunya cara nak buat bisnes online. Tiada FB Ads, maka bisnes online tak jalan?

Bisnes tetap bisnes, online itu hanya platform. FB Ads pula salah satu platform iklan.

Sudah namanya bisnes, ia tetap boleh dijalankan dan digerakkan dengan banyak cara lain. Bukan semata-mata FB Ads.

Silakan share.

P/s: usaha disertai dengan banyakkan berdoa dan tawakkal yang kuat kepada Allah insyaAllah akan berjaya.

1,425 total views, 1 views today