Cara Optimasi SEO Blog WordPress | Search Engine Optimization atau SEO adalah sangat penting dalam sesebuah website atau blog kerana ianya sangat membantu untuk mendapat rangkin terbaik di enjin carian terutamanya di Google, Yahoo dan juga Bing.

Pada kali ini, saya akan cuba sampaikan dan kongsikan kepada anda yang menggunakan platform wordpress sebagai tempat blogging untuk meningkatkan lagi SEO blog anda.

1. #Plugin Yoast (All In One)

Ramai yang terlepas pandang tentang Plugin Yoast sebagai setting SEO artikel dalam sesebuah blog yang menggunakan platform wordpress. Dengan menggunakan plugin ini, anda boleh setting sendiri keyword penting yang terdapat dalam artikel anda untuk di optimasikan ke dalam enjin carian.

2. #Ping

Ping juga salah satu cara yang terkenal dalam kalangan blogger untuk mendapat traffik dan mendapat perhatian di search enjin dengan cepat. Terdapat banyak tempat untuk anda ping satu persatu artikel anda. Tetapi saya akan tunjukkan kepada anda dengan cara pantas bagaimana anda boleh ping secara direct selepas anda terus sahaja publish artikel anda.

Dari Dashboard >>> Writing

Selepas itu anda lihat di bahagian bawah sekali “Update Services”. Copy kesemua laman web pinging di bawah ini dan paste kedalam kotak tersebut.

http://rpc.pingomatic.com/
http://rpc.twingly.com
http://api.feedster.com/ping
http://api.moreover.com/RPC2
http://api.moreover.com/ping
http://www.blogdigger.com/RPC2
http://www.blogshares.com/rpc.php
http://www.blogsnow.com/ping
http://www.blogstreet.com/xrbin/xmlrpc.cgi
http://bulkfeeds.net/rpc
http://www.newsisfree.com/xmlrpctest.php
http://ping.blo.gs/
http://ping.feedburner.com
http://ping.syndic8.com/xmlrpc.php
http://ping.weblogalot.com/rpc.php
http://rpc.blogrolling.com/pinger/
http://rpc.technorati.com/rpc/ping
http://rpc.weblogs.com/RPC2
http://www.feedsubmitter.com
http://blo.gs/ping.php
http://www.pingerati.net
http://www.pingmyblog.com
http://geourl.org/ping
http://ipings.com
http://www.weblogalot.com/ping

3. # Tags

Setiap platform wordpress akan menyediakan satu ruang khas untuk menaip seberapa banyak keyword yang berkaitan dengan artikel ada. Tulis seberapa banyak kata kunci di sini. Perkara ini juga dapat membantu anda dalam SEO.

4. #Google Submit URL

Perkara yang sering terlepas pandang dan ramai orang yang tidak tahu adalah berkenaan dengan submit url artikel atau website anda ke google. Untuk pengetahuan anda, google menyediakan satu website untuk kita submit url artikel ke google. Ini adalah untuk memberitahu kepada google bahawa kita telah menerbitkan satu artikel di dalam blog untuk mempercepatkan google mengindeks artikel kita di enjin carian google.

Untuk submit URL artikel anda, anda boleh pergi ke https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url

Setiap artikel yang anda tulis, terus submit url anda ke website tersebut. Untuk artikel copy and paste ia amat tidak digalakkan.

5. # Rename Gambar

Saya yakin anda pernah download gambar dalam mana-mana website dan anda terus upload dalam blog anda tanpa rename nama gambar tersebut. Sebagai contoh saya ambil di sini. Anda mungkin pernah download mana-mana gambar dalam facebook dan nama gambar tersebut adalah “1795477_724207380943215_750140535_n”.

Sebenarnya nama gambar tersebut enjin carian tidak dapat mengesan. Ini adalah satu perkara yang amat merugikan kepada diri anda sendiri. Oleh itu, sekurang-kurangnya sebelum anda upload gambar anda di blog, rename dulu gambar tersebut.

Keseluruhan

Kelima-lima cara di atas adalah cara yang paling asas untuk anda ikuti. Jika anda ingin melihat perubahan dalam blog atau website anda, boleh cuba kelima-lima cara ini setiap kali anda update artikel anda.

Saya tahu mungkin anda ada cara lain lagi. Boleh kongsikan di ruang komen di bawah.

525 total views, 1 views today