Sehingga kini, saya masih lagi menggunakan pemasaran email sebagai pemasaran sampingan untuk saya. Selama dua tahun (sejak 2013-2015) saya menggunakan pemasaran email ini, rasanya sudah banyak asam garam yang saya telah rasa dan laluinya.

Ok. Di sini saya nak ceritakan kepada anda bagaimana nak kumpul list email dengan mudah. Cara yang saya tunjukkan nanti ini mungkin ada cara yang pernah saya buat dan ada cara yang tidak pernah saya buat.

Jom lihat perkongsian saya ini.

Lima Cara Nak Kumpul List Email Dengan Mudah

#1. Bina Membership Site

Jika anda nak kumpul email list dengan banyak dan berkesan, anda boleh bina satu laman website membership anda sendiri. Tetapi anda perlu fikir laman website membership apa yang paling ramai orang kunjung.

Cara nak dapatkan email dan nama mereka, anda boleh extract semua ini di dalam database dan anda import sahaja ke email list anda.

#2. Berikan Sesuatu Percuma

Jika anda tidak pandai buat website membership tidak mengapa kerana kos dan maintenence juga adalah tinggi. Cara lain adalah anda mesti memberikan sesuatu percuma di mana orang minat untuk dapatkanya.

Untuk dapatkan apa yang anda tawarkan tersebut, mesti mereka akan masukkan nama dan email mereka tanpa anda paksa.

Dalam kes ini, anda perlu keluarkan sedikit modal untuk membuat sales page.

#3. Buat Webinar Percuma

Jika anda ingin mengajar sesuatu kepada orang ramai secara percuma contohya ajar basic setup fb ads, ajar basic cara buat duit dengan blog dan sebagainya, anda boleh buat satu webinar percuma kepada mereka yang berminat.

Webinar ni bermaksud anda membuat seminar ringkas secara online.

Jika mereka berminat nak hadiri webinar anda tersebut, sudah tentu mereka akan isikan nama dan email mereka untuk mendaftar. Dengan cara ini anda boleh ambil nama dan email mereka tersebut dan buat sebagai list anda.

#4. Gunakan Borang Offline

Tips untuk mereka menjadi agen samaada agen insurans atau agen kereta, anda cuba berikan satu borang kepada prospek anda ketika anda buat promosi. Bila mereka selesai mengisi borang tersebut, anda cuba simpan dan ambil nama dan email mereka sebagai list anda.

Di sini, anda boleh buat follow up dengan mereka melalui email. Mana tau dalam 1000 orang tu, mungkin 200 orang tersangkut nak membeli insurans dan kereta dari anda.

Tiada salah gunakan cara ini jika anda nyatakan dengan betul di dalam email yang anda hantarkan dan pastikan anda butang “unsubscribe” untuk mereka berhenti melanggan email dari anda.

#5. Gunakan Solo Ads

Jika anda baru bermula dan ingin cepat dapatkan list susbscriber anda, anda boleh beli soloads kerana ianya juga lebih cepat dan berpotensi untuk dapatkan subscriber yang berkualiti.

Ketika artikel ini ditulis, servis tersebut sedang mengumpul list sebanyak 29,000 list. Jika anda ingin dapatkan servis soloads, saya sarakan anda gunakan servis tersebut – Klik Sini

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi cara nak kumpul list. Tetapi inilah antara cara termudah dan cara yang pernah saya gunakan untuk dapatkan list yang berkualiti.

Jika anda belum ada sistem email marketing sendiri, saya sarankan untuk anda dapatkan dari Getresponse kerana anda akan dapat kadar yang lebih murah dari sistem email marketing yang lain.

Semoga berjaya!

2,413 total views, 2 views today