Menulis dan Menghantar Email | Dalam bisnes internet, terdapat banyak jenis pemasaran yang ada. Contoh pemasaran yang paling popular di Malaysia sekarang ini adalah Facebook dan juga Google.

Tapi ada satu jenis pemasaran yang masih lagi rakyat Malaysia belum gunakan. Teknik Pemasaran tersebut adalah teknik pemasaran email.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin menggunakan teknik pemasaran email, anda mestilah menggunakan teknik dan kaedah yang betul supaya email anda tidak di anggap spam oleh subscribers anda.

Oleh itu, saya sediakan teknik pemasaran email kepada anda di bawah ini.

STEP 1 – Kumpul mailing list dengan bagi produk percuma, jual produk murah dan sebagainya.

STEP 2 – Sediakan sistem follow-up

Contoh – Sistem 7 email sequence (tradisional)

Email 1-2 bina hubungan, bagi value.
Email 3-4 value + trigger problem.
Email 5 demonstrate solution (seeding solution)
Email 6 soft selling dengan testimonial
Email 7 hard selling

Contoh – Sistem 6 email (plotting)

Bercerita, plot cerita, masukkan watak kita dalam masalah. Kita yang hadapi masalah dan kita ‘sedang cari’ penyelesaiannya.

Email 1, masalah #1, kongsi cerita
Email 2, masalah #2, kongsi cerita n pengalaman
Email 3, masalah #3, kongsi cerita
Email 4, masalah #4, kongsi cerita n pengalaman
Email 5, review solusi yang ada, throw in range of solutions (affiliate).
Email 6, beri n cadang solusi terbaik yang berkesan untuk anda. Connect semula dengan perkongsian anda di email #1 – #4

dan lain-lain sistem followup (hooking, cliffhanger, anticipation dan lain-lain)

STEP 3 – Mereka yang masuk Mailing List, funnel kan mereka untuk produk-produk seterusnya dengan sequence email yang baru. Dari produk;

>>Murah >> Mahal >> Membership dan patah balik ke sequence asal, pusing2 biarkan mereka dalam intrastruktur list & kewangan kita.

Itu kelebihan autoresponder, kita boleh followup dan susun atur arahtuju subscriber. Mereka yang pernah membeli dari kita akan terus membeli dan membeli dari kita.

Itu sahaja perkongsian saya kali ini untuk mereka yang menggunakan pemasaran email ini.

Terima kasih kepada Muaz Hadi yang memberikan idea dan ilmu ini. Beliau merupakan salah seorang guru internet marketing yang saya belajar secara senyap dari beliau.

Jika anda teringin buat pemasaran email, anda boleh mencuba pemasaran email ini dari AWeber.

1,248 total views, 1 views today